suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selesema babi: Peru catatkan kes pertama, batal penerbangan

LIMA: Peru kini merawat kes pertama selesema babi, dipercayai juga kes pertama di Amerika Latin setakat ini.

Menteri Kesihatannya, Oscar Ugarte juga mengumumkan pembatalan kesemua penerbangan komersial dari Mexico.

Pesakit yang dirawat itu merupakan seorang wanita dari Argentina, yang tinggal di California.

Wanita itu baru-baru ini telah berada di Mexico.

Wanita itu berada dalam penerbangan Copa Airlines dari Panama kelmarin, yang telah dialihkan penerbangan ke Lima ekoran demam yang dialaminya.

Pesawat itu kemudian meneruskan penerbangan ke destinasi asal Buenos Aires.

Ugarte berkata, kes-kes disyaki yang lain sedang diteliti. AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain