suria

Selesema babi: UAE tunggu nasihat WHO

DUBAI: Pihak berkuasa kesihatan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini menunggu nasihat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung virus selesema babi yang berlaku di Mexico dan Amerika Syarikat.

Negara itu akan mengambil langkah tambahan berjaga-jaga seperti yang dinasihatkan oleh pertubuhan kesihatan global, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan UAE, Ali Shakar dipetik sebagai berkata oleh akhbar harian Khaleej Times.

"Kami tidak menerima sebarang kenyataan rasmi melalui WHO," katanya dalam laporan itu.

Sambil menyebut bahawa UAE mempunyai kawalan yang mencukupi di sempadan, pegawai kesihatan berkata: "Kami telah bersiap sedia sebaik sahaja WHO menghantar notis."

WHO menyifatkan penularan virus baru itu sebagai "darurat kesihatan awam yang memerlukan perhatian antarabangsa" dengan laporan media dari Mexico menyebut bahawa menjelang malam Sabtu, pegawai kesihatan berkata 81 kematian di sana mungkin dikaitkan dengan selesema babi.

Kes virus yang disahkan turut dilaporkan di Kansas, Texas dan California.

Tanda-tanda selesema babi teemasuk demam, kurang selera, batuk, keletihan, sakit kerongkong, hidung berair, rasa loya, muntah-muntah dan cirit birit. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain