suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14 warga Indonesia berdepan hukuman mati di Saudi

JAKARTA: Seramai 14 warga Indonesia ketika ini meringkuk dalam penjara di Arab Saudi sementara menunggu pelaksanaan hukuman atau dijatuhi hukuman mati kerana membunuh, menurut seorang Indonesia di Jeddah. "Sekarang ini, mereka ditahan di beberapa buah penjara di Arab Saudi dan berdepan ancaman dijatuhi hukuman mati atau dilaksanakan hukuman mati," Gatot Abdullah Manshur, Konsul Besar Indonesia di Jeddah, berkata di Surabaya, pada Sabtu.

Lima daripada 14 banduan terbabit adalah wanita, kata Manshur di luar sebuah perhimpunan bagi memaklumkan kepada orang ramai mengenai peranan Kementerian Hal Ehwal Luar dalam melindungi kesejahteraan warga Indonesia di luar negara.

Beliau berkata, pejabat perwakilan Indonesia di Arab Saudi melakukan langkah terbaik bagi mengelak 14 warga Indonesia daripada benarbenar dijatuhi hukuman mati atau, dalam kes di mana mereka sudah pun dijatuhi hukuman, supaya hukuman mati itu ditukar.

Ditanya punca terlalu ramai warga Indonesia melanggar undangundang di Arab Saudi, Manshur dipetik oleh agensi berita Antara sebagai berkata ramai warga Indonesia yang permit tinggal mereka telah tamat tempoh, cenderung melakukan perbuatan jenayah yang mengakibatkan kematian mangsa.

Beliau berkata, pada 2008 sahaja, pihak berkuasa Arab Saudi menghantar pulang sejumlah 24,020 warga Indonesia yang permit tinggal telah tamat tempoh dan pada 2007, jumlah itu meningkat kepada 24,834 orang.

Golongan yang dihantar pulang terdiri daripada pekerja pendatang, kalangan yang mengerjakan Umrah dan kanak-kanak. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain