suria

Sidang Kemuncak Asean mungkin pada minggu ketiga Jun

BANGKOK: Sidang Kemuncak Asean + 6 yang ditangguhkan mungkin diadakan pada akhir bulan depan atau minggu ketiga Jun di Phuket, kerana negara tuan rumah Thailand dan Sekretariat Asean cuba menetapkan satu tarikh yang dapat memenuhi jadual kerja pemimpin 16 negara peserta.

Difahamkan awal Jun, termasuk cadangan awal pada 6,7 Jun, tidak sesuai kerana pemimpin Asean akan menghadiri Sidang Kemuncak Memperingati Asean-Korea Selatan di Pulau Jeju pada 1 dan 2 Jun, sementara Malaysia sibuk dengan perayaan ulang tahun keputeraan Yang diPertuan Agong pada 6 Jun dan Hari Kemerdekaan Filipina pada 12 Jun.

Naib Menteri Hal Ehwal Luar Thai, Panich Vikitsreth berkata kerajaan dan Kementerian Luar Thai mengkaji pada minggu ketiga Jun sebagai tempoh yang sesuai untuk mengadakan sidang kemuncak itu yang ditangguhkan berikutan tunjuk perasaan antikerajaan menyerbu tempat mesyuarat itu di Pattaya dan memaksa untuk dibatalkan pada 11 April.

Sidang Kemuncak Asean-Korea, kita dimaklumkan bahawa pemimpin Korea juga ada urusan lain di luar negara pada awal Jun.

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva sedang mencari tarikh yang paling sesuai dengan kerjasama rapat Sekretariat Asean," katanya selepas merasmikan Forum Rantau Asia OECDAsia Tenggara kedua di sini Isnin.

Setiausaha agung Asean Surin Pitsuwan, yang hadir berkata kemungkinan tarikh paling awal ialah pada akhir bulan depan, sambil menambah ia terpulanglah kepada negara tuan rumah Thailand untuk menetapkan tarikh, sementara beliau sendiri sering berhubungan dengan ibu negara 15 negara lain untuk melicinkan urusan tersebut.

"Kita mahu mengadakan sidang kemuncak secepat mungkin. Semua dokumen sudah siap, dan mesyuarat itu akan berlangsung tidak lebih dua setengah hari," kata beliau.

Malahan, Surin berkata beliau yakin bahawa Thailand akan mampu untuk menyediakan keselamatan yang diperlukan bagi memastikan insiden Pattaya tidak berulang, sambil menambah bahawa ia penting untuk menganjurkan sidang kemuncak itu kerana ada perkaraperkara segera berkaitan krisis ekonomi global dan kewangan yang perlu dibincangkan.

Beliau berkata China dan India mahu menandatangani perjanjian pelaburan dan perdagangan dengan 10 negara anggota Asean pada sidang kemuncak itu.

Panich, ketika ditanya jika Thailand bersedia membatalkan sidang kemuncak itu dan mengemukakan semua dokumen tersebut dan menandatangani perjanjian itu pada Sidang

Kemuncak Asean 15 Oktober di sini, berkata tidak mungkin kerana ada isu yang perlu ditangani dengan segera.

"Banyak isu lain akan dibincangkan pada Oktober ini. Persoalan mengenai keselamatan juga tidak dibangkitkan kerana kita percaya rakyat Thai, termasuk penunjuk perasaan, sedar dengan pengalaman pahit itu daripada insiden Pattaya dan kemusnahan yang mereka lakukan terhadap negara ini," tambah beliau.

Sidang kemuncak itu mengumpulkan negaranegara Asean dan rakan dialognya China, Jepun, Korea, Australia, New Zealand dan India.

Mengenai Inisiatif Multilateral Chiang Mai (CMIM), Surin berkata sumbangan sebenar China dan Jepun, yang cuba menyaingi antara satu sama lain dengan meminta lebih banyak sumbangan, akan diputuskan pada Mesyuarat Menterimenteri Asean + 3 di Bali, Indonesia pada 2 dan 3 Mei.

"Kedua-dua China dan Jepun mahu memberikan sumbangan lebih daripada yang lain. Untuk Asean, ia bukan kekurangan muhibah tetapi limpahan muhibah, malahan Australia dan India juga mengatakan mereka mahu menyertai CMIM," kata Surin.

Pada satu mesyuarat khas di Phuket Februari lepas, ketuaketua kewangan Asean itu dan rakan mereka dari China, Jepun dan Korea Selatan bersetuju membesarkan saiz CMIM daripada AS$80 bilion yang dipersetujui pada awalnya kepada AS$120 bilion.

Di bawah perjanjian itu, Asean dan Korea, masingmasing akan menyumbang 20 peratus atau AS$24 bilion sementara China dan Jepun akan memberikan selebihnya AS$72 bilion.

CMIM ialah sebuah inisiatif di bawah rangka kerja Asean+3 bertujuan mewujudkan sebuah rangkaian Perjanjian Penukaran Dua Hala (BSAS) di kalangan 10 negara ekonomi Asia Tenggara dan tiga rakan dialog. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain