suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perdana Menteri India pula dibaling kasut

NEW DELHI: Gejala pemimpin politik dibaling kasut berterusan, yang kali ini menimpa pula Perdana Menteri India, Manmohan Singh.

Tetapi kasut tersebut tersasar beberapa meter dari podium tempat beliau berucap di Ahmedabad di negeri Gujarat, tengah hari tadi.

Pengawal peribadi Manmohan segera menahan pembaling kasut tersebut yang dikenali sebagai Hitesh Chauhan, 28, seorang pelajar kejuruteraan komputer dari Bapungar di Ahmedabad.

Dia kemudiannya disoal siasat di sebuah balai polis berhampiran.

Saluran-saluran televisyen tempatan melaporkan kejadian itu berlaku ketika Manmohan sedang berucap dalam satu perhimpunan politik di mana beliau turut menyentuh soal pengganguran di kalangan pekerja berlian di Gujarat.

Suasana menjadi kecoh selepas kejadian itu, tetapi Manmohan tetap tenang untuk meneruskan ucapannya.

Kira-kira 400,000 pekerja berlian dan penggilap di Gujarat dilaporkan hilang pekerjaan sejak krisis ekonomi global berlaku tahun lalu.

Manmohan merupakan menteri kedua dibaling kasut di India selepas Menteri Dalam Negeri, P. Chidambaram dibaling kasut oleh seorang wartawan awal bulan ini, yang juga tersasar.

Gejala membaling kasut kepada pemimpin negara bermula apabila Presiden Amerika Syarikat, Geoge W. Bush dibaling kasut oleh seorang wartawan semasa berada di Iraq tahun lalu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain