suria

Wanita Thai disyaki hidapi penyakit selesema babi

BANGKOK: Kementerian Kesihatan Awam Thailand hari ini mengeluarkan amaran perjalanan ke Mexico dan Amerika Syarikat berikutan seorang wanita tempatan disyaki menghidap penyakit selesema babi.

Hospital Chulalongkorn di sini mengesahkan bahawa kakitangan wanita hospital berkenaan berusia 42 tahun dimasukkan ke hospital kerana deman dan selesema selepas kembali dari menghadiri sebuah seminar di Mexico dari 3 hingga 11 April lepas.

Kementerian itu menasihatkan rakyatnya supaya mengelak daripada melawat kedua-dua negara itu buat sementara selepas wabak itu mengorbankan lebih 150 orang di Mexico dan dilaporkan merebak ke Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa Thailand telah memasang alat pengimbas bagi melakukan saringan ke atas penumpang di tiga lapangan terbang utama Suvarnabhumi di Bangkok, Phuket dan Chiang Mai.

Kira-kira 2,000 hingga 3,000 penumpang tiba setiap hari ke negara itu dari Los Angeles, Paris, Tokyo, Frankfurt, London, Chicago dan Texas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain