VIDEO memaparkan seorang wanita berpaut pada tingkap sebuah kenderaan yang sedang bergerak laju tular di media sosial.
Menurut mangsa yang dikenali sebagai Meena Kumar, dia menaiki kenderaan awam itu [Tonton Video] untuk ke sebuah destinasi di Phillaur, India.
Ketika dalam perjalanan, dua penumpang bersama pemandu tiba-tiba menyerang Meena sebelum cuba menyamun barangan peribadinya.
Dakwa Meena, tangannya cuba diikat dan dia turut diugut dengan senjata tajam.
Bagaimanapun, dia berjaya menyelamatkan diri dengan bertindak keluar melalui tingkap dan berpaut pada sisi kenderaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelancong jadi mangsa samun dalam kondo, tangan diikat... Hanya mampu lihat barang berharga dilarikan
Tindakannya yang menjerit sambil berpaut pada kenderaan itu sepanjang 1.5 kilometer untuk meminta bantuan akhirnya berjaya menarik perhatian pengguna jalan raya.
Saksi kemudian bertindak pantas membantu mangsa dan menahan dua suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Seorang lagi suspek dilaporkan sempat melarikan diri.
Kejadian itu berlaku di Jalandhar Bypass, India pada Selasa. -Agensi.


