RAKAMAN video memaparkan seorang isteri mengamuk di hadapan suami dan wanita yang didakwa sebagai orang ketiga tular sejak Sabtu lalu.
Rakaman itu bukan sahaja menunjukkan si isteri meluahkan emosi, tetapi turut membaca doa Nabi Yunus ketika menyatakan kekecewaannya terhadap apa yang berlaku.
Kejadian dilaporkan berlaku di Indonesia, namun tidak dinyatakan secara terperinci mengenai perkara sebenar.
Menerusi video itu [tonton sini], wanita berkenaan kelihatan beremosi dan dalam keadaan suara bergetar menahan marah sambil menceritakan betapa hatinya sakit akibat perbuatan suami yang dianggap mengkhianati rumah tangga.
"Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazh zhaalimiin. Ya Allah, kamu (suami) bakal dapat cubaan, kamu bakal dapat rasakan yang hidup kamu tak akan pernah bahagia.
"Itu burungmu (kemaluan) tak akan pernah 'bangun' seumur hidupmu. Kamu tak akan pernah ada keturunan. S*br*n* (anak bersama) akan jadi keturunan terakhir hidup kamu.
"Aku doakan yang buruk sekali. Selama ini aku doakan yang baik-baik. Aku sayang sama kamu tapi kamu khianati aku. Aku sakit! Bahkan kalau kamu mati, perasaan aku ni tak akan sembuh,” ujar wanita itu.

Antara komen netizen pada hantaran asal.
Kata-kata penuh emosi itu ternyata membuatkan ramai yang menonton video itu meremang.
"Bapa mentuanya mesti sudah emosi sangat dan tahan malu.
"Merinding (meremang) lepas wanita itu menyumpah suaminya.
"Tak pernah rasa gementar macam ni tengok video orang menyumpah. Sakitnya sampai sini," komen beberapa netizen.
Selain video, kapsyen yang ditulis pada video yang dipercayai dikongsi sendiri oleh wanita berkenaan turut menarik perhatian apabila dia menjelaskan bahawa keluarga suami sangat baik terhadap dirinya.
"Tenang sayang, kesalahan bukan hanya pada perempuan itu sahaja. Kamu juga salah dan kamu harus terima akibatnya!
"Kamu terima risiko yang sudah kamu ambil! Aku ada mentua yang baik, aku ada ipar yang baik tapi kenapa kamu hancurkan semua itu!
"Aku tak pernah sanggup tengok bapa mentua aku sesedih ini dengan keadaan keluarga kita, tapi kamu seolah-olah tak rasa bersalah! Kamu berdua hancurkan keluarga kita yang selama ni baik-baik je," tulisnya di ruangan kapsyen.
Doa Nabi Yunus atau juga dikenali sebagai zikir Nabi Yunus merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S ketika baginda berada dalam perut ikan nun.
Disebabkan zikir ini juga, Allah telah menyelamatkannya, yang akhirnya membolehkan baginda keluar dari perut ikan yang menelannya.
-Agensi


