suria

200,000 nyawa melayang angkara Covid-19, vaksin Johnson & Johnson kini diluluskan

Tarikh sebenar vaksin Johnson & Johnson tiba di India masih belum diketahui. - AGENSI

INDIA meluluskan vaksin Covid-19 Johnson & Johnson bagi menggalakkan kempen imunisasi dan mengekang munculnya gelombang penularan baharu yang membimbangkan.

Menteri Kesihatan, Mansukh Mandaviya berkata, kelulusan vaksin yang hanya memerlukan suntikan satu dos itu akan membantu mengurangkan penularan wabak di negara berkenaan, yang mana sekurang-kurangnya 200,00 maut akibat Covid-19 hingga pertengahan Jun tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumlah pendaftaran vaksin masih rendah - KJ

ARTIKEL BERKAITAN: Sampai awal kononnya nak ambil mood... frontliner takut jarum suntikan siap minta kawan temankan ketika divaksin, ada kata suara macam teran bersalin!

"India akan memperluaskan kempen vaksinasinya. Vaksin Covid-19 dos tunggal Johnson & Johnson diberi kelulusan bagi penggunaan kecemasan di India," katanya dalam satu ciapan di laman Twitter.

Bagaimanapun, tarikh sebenar vaksin dari syarikat pembuatan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu akan tiba di India masih belum diketahui, menurut Arab News.

Negara yang mempunyai populasi 1.3 bilion penduduk itu telah memberi 500 juta dos vaksin setakat ini, dengan lapan peratus daripadanya telah mendapat dos kedua.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Vaksin Johnson & Johnson adalah kelima diluluskan selepas Covishield Oxford-AstraZeneca, Covaxin, Sputnik V Rusia, dan Moderna buatan AS.

India kekal sebagai negara paling teruk terjejas akibat Covid-19 selepas AS, dengan lebih 32 juta kes disahkan membabitkan 427,000 kematian.

Bagaimanapun, pakar menjangkakan, jumlah sebenar mungkin lebih tinggi.

Pakar juga memberi amaran bahawa langkah vaksinasi yang perlahan akan menjadikan India berisiko dengan krisis jangkitan baharu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

johnson & johnson, vaksin, India

Artikel Lain