suria

Jumlah pendaftaran vaksin masih rendah - KJ

Kata Khairy, pendaftaran PICK masih lagi rendah dengan seramai 20,134, 971 orang atau bersamaan 61.7 peratus keseluruhan populasi Malaysia setakat 26 Julai. Foto:BERNAMA.

PENGGUNAAN vaksin menjadi salah satu usaha paling penting untuk rakyat negara kita membendung penularan Covid-19.

Namun kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia jauh lebih rendah berbanding sasaran 80 peratus dalam tempoh sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh rakam video ketika suntikan vaksin - Khairy

Jelasnya, jumlah pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) masih lagi rendah dengan seramai 20,134, 971 orang atau bersamaan 61.7 peratus keseluruhan populasi Malaysia setakat 26 Julai.

Jelas Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau, daripada jumlah itu 18.8 juta merupakan individu dewasa berumur 18 tahun ke atas manakala, 1.28 juta pula merupakan individu di bawah umur 18 tahun.

"Berdasarkan statistik yang saya sebutkan, jelas sekali jumlah pendaftaran pada ketika ini adalah masih rendah berbanding sasaran PICK iaitu 80 peratus daripada keseluruhan populasi yang perlu divaksin.

"Jika dilihat statistik pendaftaran untuk beberapa negeri peratusan pendaftaran adalah rendah berbanding nilai ambang yang ditetapkan di bawah program Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk sesebuah negeri beralih daripada satu fasa ke fasa yang lain," katanya pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras PICK berkata, beliau bagaimanapun menyedari terdapat beberapa negeri yang mungkin menghadapi kekangan untuk mendaftar.

"Saya menyedari terdapat beberapa negeri yang mungkin menghadapi kekangan pendaftaran disebabkan keadaan geografi dan demografi yang berbeza-beza.

"Contohnya, di kawasan pedalaman, kawasan luar bandar dan di kawasan yang mungkin susah untuk kita akses," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Khaiy Jamaluddin berkata, kerajaan telah merangka pelbagai strategi bagi memastikan tiada individu yang tertinggal daripada mendapat vaksinasi. - Sinar Harian.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain