suria

MP pembangkang kemuka usul supaya Takiyuddin dirujuk ke Jawatankuasa Parlimen

Gobind Singh Deo (kiri) berkata, dia dan Mohamed Hanipa Maidin (kanan) telah mengemukakan usul berkenaan.

DUA ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul untuk merujuk Datuk Seri Takiyuddin Hassan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana didakwa menimbulkan kekeliruan berhubung Ordinan Darurat yang dibatalkan.

Gobind Singh Deo (PH-Puchong) berkata, dia dan Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) telah mengemukakan usul berkenaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berdasarkan apa yang telah terjadi pada Isnin di Parlimen.

ARTIKEL BERKAITAN: Ordinan Darurat: MP pembangkang persoal status kompaun langgar SOP yang dikeluarkan selepas 21 Julai

"Saya mahu Speaker membuat keputusan mengenai perkara ini dan adakah kita akan dibenarkan membahaskan usul itu," katanya di Parlimen pada hari Rabu.

Terdahulu, Takiyuddin pada Isnin memberitahu Parlimen bahawa Kerajaan Persekutuan telah memutuskan untuk membatalkan semua Ordinan Darurat yang dikuatkuasakan bermula 12 Januari lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ujarnya, pembatalan itu dibuat berdasarkan Artikel 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Sebanyak enam Ordinan Darurat yang diwartakan dibatalkan pada 21 Julai.

Tambah Takiyuddin, kerajaan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengumumkan Perisytiharan Darurat yang baharu apabila ia berakhir pada 1 Ogos. - The Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain