suria

Beberapa individu sudah diambil keterangan, kes helikopter bawa nasi ganja sedang disiasat

Kebenaran yang diberikan oleh polis tidak termasuk pengambilan makanan.

HELIKOPTER yang membawa 36 bungkus "nasi ganja" dari Ipoh untuk dihantar ke Kuala Lumpur hanya dibenarkan merentas sempadan negeri untuk kerja-kerja penyelenggaraan, kata ketua polis Perak.

Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kebenaran yang diberikan oleh polis tidak termasuk pengambilan makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Guna helikopter ambil pesanan nasi ganja

“Kami telah merakam kenyataan daripada pelbagai individu, termasuk polis yang memberikan kebenaran.

"Yang lain termasuk pengadu, penjual makanan, pemilik helikopter dan semua yang lain terlibat," katanya semalam.

Pemilik helikopter, Mohamed Raffe Chekku, dilaporkan berkata, perjalanan dan pendaratan di Padang Ipoh untuk mengambil hidangan popular dilaksanakan melalui saluran yang betul.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada 23 Julai lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Lembaga Penerbangan Awam Malaysia juga sedang menyiasat apakah helikopter tersebut melanggar peraturan di bawah Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 dan Arahan Penerbangan Awam.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, Majlis Bandaraya Ipoh akan menyerahkan kepada polis menyiasat perkara itu sebelum memutuskan sama ada akan mengambil tindakan atau sebaliknya. - The Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain