suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh... 2 lelaki gelang 'pink' naik motor, apa sebenarnya berlaku?

Siasatan mendapati, penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan adalah kontak rapat kes positif Covid-19

KISAH mengenai individu memakai gelang merah jambu yang keluar sesuka hati sudah acap kali tular sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Terbaharu, tular pula video memaparkan dua lelaki memakai gelang itu yang sedang menunggang dan membonceng sebuah motosikal di tempat awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba keluar rumah beli minuman, lelaki pakai gelang pink dikompaun RM4,000

Kejadian itu ternyata menimbukan kekecohan ramai yang risau sekiranya mereka membawa virus itu sehingga berlaku penularan baharu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Pendang, Kedah, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, pihaknya telah membuat siasatan berhubung hal itu.

Jelasnya, penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan adalah kontak rapat kes positif Covid-19 dan diarah oleh Pejabat Kesihatan Daerah Pendang untuk hadir jalani ujian Covid-19 pada Selasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Setelah selesai ujian saringan Covid-19, dua individu itu dipakaikan gelang pink untuk tujuan kuarantin kendiri.

"Video dirakam semasa dua individu tersebut dalam perjalanan balik ke rumah untuk tujuan kuarantin kendiri," ujarnya.

Terdahulu, video itu tular pada Selasa selepas dikongsi di halaman Facebook 'Kongsi Segala Info' sehingga mencetuskan perdebatan ramai," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain