suria

Tertinggi! Malaysia rekod 17,405 jangkitan baharu Covid-19

Malaysia merekodkan 17,405 kes baharu Covid-19 pada Rabu.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 17,405 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu, sekaligus menjadi angka tertinggi sejak pandemik dikesan di negara ini.

Sebelum ini, angka kes paling tinggi pernah direkodkan negara ialah 17,045 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 1,061,476 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 175,113 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Daripada 17,405 kes baharu yang dilaporkan, 17,399 kes merupakan penularan tempatan dan enam kes adalah jangkitan luar negara.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 7,171 kes diikuti Kuala Lumpur (2,880), Kedah (1,112) dan Sabah (913).

Perlis pula merekodkan tiga kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 143 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,551 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 12,373 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 877,812 kes.

"Sehingga kini, terdapat 1,016 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 529 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain