suria

Tempat duduk Ku Li dipindahkan ke blok Bebas

Tempat duduk Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah telah diubah ke blok Bebas, menurut Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon. Foto: Bernama

KERUSI Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di Dewan Rakyat telah dipindahkan ke blok Bebas pada Rabu, kata Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid Hasnon, lapor The Star.

"Kami hanya menerima satu permintaan dari ahli Parlimen Gua Musang untuk dipindahkan ke blok Bebas dan kerusinya telah ditentukan," katanya kepada wartawan ketika ditemui di Parlimen pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ku Li mohon tukar tempat duduk ke blok bebas

Rashid juga memaklumkan pihaknya tidak menerima permintaan daripada ahli Parlimen lain untuk turut sama menukar tempat duduk mereka di Parlimen.

Pada Selasa, Tengku Razaleigh atau Ku Li dalam surat yang ditujukan kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memohon untuk dipindahkan tempat duduk kerana dia tidak mahu ditempatkan bersama wakil rakyat lain yang menyokong kerajaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dari awal lagi saya tidak pernah menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan yang ditubuh yang mengguna nama kerajaan 'Perikatan Nasional'," katanya dalam surat berkenaan.

Ketetapan itu jelas Ku Li, ia adalah bersandarkan dengan semangat perjuangan Umno untuk tidak menyokong kerajaan hari ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ku Li, blok bebas, Dewan Rakyat, Parlimen

Artikel Berkaitan

Artikel Lain