suria

Siapa sangka itu foto yang terakhir...Doktor muda maut sehari sebelum majlis kahwin

Dr Denis Ricardo Faria Gurgel (kiri) maut terkena renjatan elektrik sehari sebelum melangsungkan hari perkahwinannya.

HAJAT seorang doktor untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian selepas maut terkena renjatan elektrik, sehari sebelum hari majlis perkahwinannnya.

Insiden berkenaan berlaku ketika mangsa, Dr Denis Ricardo Faria Gurgel, 31, sedang bergambar bersama tunangnya.

Ketika kejadian yang berlaku di Cariri do Tocantins itu, Gurgel terkena renjatan selepas berlaku aliran elektrik berkapasiti tinggi pada batang pancing yang sedang dipegangnya untuk sesi fotografi.

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer kongsi ‘rahsia’ dapat tubuh badan idaman dalam tempoh setahun, antaranya pakai korset 2 jam sehari

ARTIKEL BERKAITAN: Berpantang maut! Nelayan berpaut tong air selama 22 jam di lautan

Pasukan penyelamat dan ambulan dikejarkan ke lokasi kejadian namun sejurus tiba, mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Gurgel berkhidmat di Jabatan Kesihatan Bandaraya Gurupi dan turut bertugas di Dewan Bandaraya Lagoa da Confusao.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Dia seorang yang ringan tulang dan sentiasa bersikap sopan. Denis sangat disayangi rakan sekerjanya dan juga pesakit.

“Kehilangannya mengejutkan ramai orang dan berita ini adalah satu kehilangan besar,” kata pihak Dewan Bandaraya Gurupi.

Dewan Bandaraya Lagoa da Confusao pula berkata: “Pihak kami bersimpati dengan ahli keluarga mangsa.” - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

maut, doktor, covid, kahwin

Artikel Lain