suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berpantang maut! Nelayan berpaut tong air selama 22 jam di lautan

Mohammad Effendi hanya berpaut pada sebuah tong air

BERPANTANG maut sebelum ajal. Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada seorang nelayan selepas berpaut pada sebuah tong air selama 22 jam susulan kapal yang dinaikinya tenggelam di perairan Indonesia.

Dalam kejadian pada Isnin lalu itu, kapal yang dinaiki oleh Mohammad Effendi bersama sembilan orang anak kapal lain, tenggelam akibat cuaca buruk.

Enam daripadanya selamat termasuk Mohammad Effendi dan empat yang lain masih hilang.

ARTIKEL BERKAITAN: Cakap bahasa Indonesia mix dialek Kelantan, ramai keliru identiti jejaka ini... hakikatnya tuan badan pun ‘pening’ nak jawab soalan asal-usul dirinya

ARTIKEL BERKAITAN: Benjy anak Azean Irdawaty meninggal dunia di Hospital Medan Indonesia

"Selama sehari semalam saya dibawa ombak. Akhirnya saya ditemukan dan diselamatkan oleh nelayan lain," katanya semalam.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Abdul Hadi terpaksa berpaut pada sebatang buluh sehingga dia dibawa oleh ombak ke daratan.

"Waktu itu, cuaca memang sangat buruk. Kapal yang kami naiki dipukul ombak besar," ujar Abdul Hadi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ketika kejadian berlaku, kapal itu sedang dalam perjalanan pulang ke pelabuhan pada pukul 4.10 petang waktu tempatan.

Kapal tersebut bagaimanapun tenggelam selepas air masuk ke dalam kapal akibat dipukul ombak. - kompas.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

nelayan, kapal, tenggelam

Artikel Lain