suria

Benjy anak Azean Irdawaty meninggal dunia di Hospital Medan Indonesia

Benjy meninggal akibat penyakit Asma.

SEKIAN lama tidak mendengar khabar berita mengenai Benjy, dunia hiburan bagaimanapun dikejutkan dengan berita aktor itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Royal Prima di Medan, Indonesia akibat penyakit asma pada kira-kira pukul 11 pagi, Ahad.

Berita sedih itu disahkan Setiausaha Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah dan turut memaklumkan pihaknya kini dalam usaha mendapatkan maklumat lanjut daripada Konsulat Malaysia di negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku lama lagi kat sini” - Benjy kirimkan nota dari penjara mohon doa orang ramai

“Ya... Al-Fatihah. Seniman sedang berkerja rapat dengan pihak Konsulat General Malaysia di Medan Indonedia, pihak penjara dan keluarga arwah.

"Seniman akan keluarkan kenyataan selepas mendapat butiran lanjut tentang semua aspek. Saya harap orang ramai mendoakan segala urusan Allahyarham dipermudahkan,” ujarnya kepada mStar.

Sementara itu ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi berkata urusan pengebumian Benjy akan dilakukan di Medan.

“Ada kawan Ben telefon saya maklumkan Ben meninggal dunia pukul 11 pagi ini,” ujarnya dalam satu laporan media.

benjy1

Benjy ketika menerima lawatan Presiden Seniman, Zed Zaidi bersama Hafiz Nafiah ketika mengunjunginya di Penjara Tanjung Gusta Medan, Indonesia pada 2018.

Benjy atau Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Serdang Sumatera Utara oleh pihak Kastam dan Eksais republik itu sejurus tiba dari Kuala Lumpur pada April 2017.

Anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty ini disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat 4.5 gram yang disembunyikan pada bahagian duburnya.

Ya... Al-Fatihah. Seniman sedang berkerja rapat dengan pihak Konsulat Malaysia di Medan dan pihak keluarga.

HAFIZ NAFIAH

SETIAUSAHA SENIMAN

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tanjung Gusta Medan Indonesia sebelum Zuhur.

Pada 18 Oktober 2017, Benjy dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun tiga bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia.

Benjy mula dikenali sebagai pelakon sejak zaman kanak-kanak iaitu menerusi filem Perempuan yang diterbitkan pada tahun 1988.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dia pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia empat tahun.

Allahyarham pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (telefilem) pada Anugerah Skrin TV3.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain