suria

Ezad Lazim tak tergamak dera anak sendiri, mengaku cuai - “Saya dan isteri mohon maaf, kadang-kadang kami terlepas pandang”

Ezad menerangkan bahawa wujud salah faham berhubung dakwaan anaknya menjadi mangsa dera.

DAKWAAN kononnya wujud aktiviti penderaan terhadap anak sendiri mengundang rasa kecewa penyanyi Ezad Lazim.

Menurut Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 41, perkongsian foto dan video anak bongsunya Putera Muhammad Darwish, 6, yang mengalami pendarahan di kepala di media sosial seakan memakan diri apabila ia disalah ertikan sesetengah pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Ezad Lazim panik, kepala anak berdarah akibat bergaduh adik-beradik - “Kami yang tengok pun rasa nak pitam”

Lebih mengundang rasa kurang senang apabila isterinya, Nor Azeana Ramli dihubungi polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada Jumaat.

211570735_924163421476035_1911733713905471693_n

Keadaan Darwish ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

"Tengahari semalam (Jumaat) isteri saya dapat panggilan katanya dari IPD Putrajaya berkenaan video tular fasal anak saya berdarah di kepala.

"Katanya mereka terima aduan kami lakukan penderaan kanak-kanak, mereka inginkan pengesahan daripada kami. Saya tak pasti sama ada panggilan tu betul-betul dari IPD atau pihak lain, " katanya kepada mStar.

Kadang-kadang kami terlepas pandang perkara sebegini apabila berada di rumah.

EZAD LAZIM

PENYANYI

Pada Jumaat, penyanyi lagu Jesnita ini berkongsi foto anaknya, Darwish sedang menerima rawatan akibat cedera di kepala selepas didakwa dipukul kakaknya, Puteri Rania Keisha, 9, dengan penyangkut baju.

Ekoran kejadian tersebut, Darwish dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan dan doktor memaklumkan dia hanya mengalami luka kecil dan tidak perlu dijahit.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Susulan kekecohan itu, Ezad dan isterinya memohon maaf atas kecuaian mereka dalam memantau aktiviti anak-anak di rumah hingga berlaku kecederaan.

185255467_809472693303478_6471899760784279552_n

Foto Ezad bersama isteri dan dua anak mereka yang dirakam pada Aidilfitri yang lalu.

“Saya dan isteri ingin memohon maaf atas kecuaian kami menjaga anak-anak sehingga terjadi perkara seperti ini (pergaduhan).

“Kadang-kadang kami terlepas pandang perkara sebegini apabila berada di rumah, ” ujarnya.

Bercerita lanjut tentang perkembangan kesihatan anaknya, Ezad berkata dia bersyukur apabila Darwish tidak mengalami kecederaan teruk dan berada dalam keadaan stabil.

"Syukurlah pihak hospital mengesahkan tak ada kecederaan yang berat, namun dia mengalami pendarahan yang banyak kerana terkena di bahagian lembut di kepalanya. Sekarang keadaan anak saya stabil dan tidak ada apa yang serius, " katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain