suria

Keluarga Khatijah Tan terima gangguan misteri, Mikail Andre cerita tedung senduk masuk rumah... bau kemenyan - “Kami tiada musuh”

Keluarga Khatijah Tan mendakwa merima gangguan misteri dan sering berlaku kejadian aneh di rumah.

HAMPIR lima tahun kehidupan diselubungi kisah misteri dan pelbagai kejadian aneh, pelakon Mikail Andre akhirnya enggan terus menyembunyikan keperitan yang menimpa keluarganya.

Ujar Mikail atau nama sebenarnya Mohammad Mikail Andre Nazrul Andre, 29, dia dan keluarganya sudah tidak tahan apabila gangguan yang diterima mereka semakin kerap dan mengerikan.

"Gangguan mistik yang dialami ini bukan baru berlaku, sebenarnya lama dah cuma kami tak expose je. Tapi kini semakin teruk... ia berlaku hari demi hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Khatijah Tan Pernah Risau Pierre Andre Terlibat Gejala Sosial

"Mula-mula cermin tingkap jenis sliding pecah, hari berikutnya pula anak saya pecahkan gelas... jadi ia seperti ada perkara tak elok.

"Tiga hari lepas tu ada ular tedung senduk besar masuk dalam rumah sampai meremang bulu roma bila kejadian tu berlaku," katanya ketika dihubungi mStar.

mikail pier

Mikail bersama abangnya, Piere Andre (kanan).

Kisah gangguan misteri membabitkan anak kepada pelakon veteran Khatijah Tan ini mula mengundang kebimbangan ramai selepas dia berkongsi mengenai perkara itu di Facebook.

Rata-rata peminatnya turut melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan berkenaan yang dianggap sebagai tidak bermoral jika benar ia ada kaitan dengan penggunaan ilmu hitam.

Tambah Mikail, dia menyedari kehidupan mula diganggu perkara misteri selepas pulang daripada penggambaran sebuah drama kira-kira lima tahun lalu.

Bagi mendapatkan kepastian Mikail dan abangnya yang juga pelakon dan pengarah Piere Andre mendapatkan rawatan perubatan Islam.

Ustaz kata ada orang yang tak puas hati hantar sesuatu kepada keluarga saya

MIKAIL ANDRE

PELAKON

Mereka diberitahu kisah misteri yang menghantui keluarganya berpunca daripada buatan orang.

"Saya dan abang pergi berubat, ustaz kata kami diganggu oleh benda halus dari set penggambaran tu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Baru-baru ni pula saya dan mak tengah makan dekat ruang tamu, lepas itu kami terhidu bau kemenyan. Apa yang pelik ialah hanya saya dan mak je yang bau, ayah pula tak hidu apa-apa.

185845122_309020567516979_490957422130632548_n

Keluarga Khatijah Tan terima gangguan misteri.

"Ustaz kata ada orang yang tak puas hati hantar sesuatu kepada keluarga saya, tapi tahu dia tuju kepada siapa, " katanya lagi.

Enggan menuding jadi atau menuduh mana-mana pihak, Mikail hanya berfikiran positif dan menerima kejadian tersebut sebagai ujian.

"Walaupun ustaz beritahu ini buatan orang tapi kami tak syak siapa-siapa pun sebab tak ada musuh dan tak pasti dari siapa.

"Apa yang boleh kami buat hanya ikhtiar dan banyakkan amalan wajib," katanya.

Sebagai peringatan, ilmu hitam atau sihir merupakan amalan yang dilarang dalam agama Islam kerana ia bercanggah dengan Al-Quran dan hadis.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain