suria

Isteri Ezad Lazim panik, kepala anak berdarah akibat bergaduh adik-beradik - “Kami yang tengok pun rasa nak pitam”

Anak sulung Ezad secara tidak sengaja memukul adiknya di kepala.

GARA-GARA bergaduh fasal mandi, kepala anak kedua penyanyi Ezad Lazim iaitu Putera Muhammad Darwish yang kini berusia enam tahun mengalami kecederaan dan terpaksa dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Isteri Ezad iaitu Zeana Ramli berkata, dia yang sedang memasak ketika itu panik apabila melihat kepala Darwish berlumuran darah akibat dipukul kakaknya Puteri Rania Keisha, 8, menggunakan penyangkut baju.

ARTIKEL BERKAITAN: Ezad Lazim sakit lagi, ada ketumbuhan dalam hidung - “Penyakit sinus saya kembali, hidung kanan tersumbat... kerap berair”

"Masa kejadian itu berlaku, saya di dapur nak memasak manakala Ezad pula berada di ruang tamu. Anak-anak di bilik atas. Tiba-tiba Darwish menangis beritahu yang Rania pukul dengan penyangkut baju.

Ezad 1Ezad kongsi foto keadaan anaknya.

"Darwish marahkan kakak dia sebab tak tunggu dia mandi. Saya baru nak mula masak, tiba-tiba dengar Darwish menangis... rupa-rupanya kepala dah berdarah. Penuh darah atas lantai.

"Terus kami bawa Darwish pergi klinik berdekatan untuk dapatkan rawatan. Tapi doktor di klinik itu suruh rujuk hospital sebab darah tak berhenti, " katanya ketika dihubungi mStar.

Rania ada beritahu saya yang dia tak sengaja pun nak pukul adik dia.

ZEANA RAMLI

ISTERI EZAD LAZIM

Terdahulu, vokalis kumpulan Exists itu memuat naik beberapa foto di Instagram tentang keadaan anak lelakinya sedang mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya.

"Adik-beradik ni selalu bergaduh, memang berdarah banyak. Kami yang tengok pun rasa nak pitam darah penuh dekat lantai. Semoga dipermudahkan, " Kata Ezad.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Zeana meluahkan rasa syukur apabila kepala anaknya tidak perlu dijahit namun masih mendapatkan rawatan susulan.

Ezad 2Ezad dan isteri panik melihat kepala anak keduanya berdarah.

"Alhamdulillah... selepas lakukan pemeriksaan di hospital, luka di kepala Darwish tak perlu dijahit, hanya bersihkan darah beku saja.

"Doktor ada beri ubat untuk makan dan sapu luka tersebut. Sekarang keadaan dia pun dah okay. Rania ada beritahu saya yang dia tak sengaja nak pukul adik dia.

"Dalam perjalanan nak balik rumah ini pun Darwish siap beli donut untuk kakak dia. Biasalah budak-budak bergaduh... cuma nasib baik tak ada kecederaan yang serius, " ujarnya.

Untuk rekod, Ezad mendirikan rumah tangga dengan Zeana pada 29 Mac 2013 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Rania Keisha, 8, dan Putera Muhammad Darwish, 6.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak