suria

Azizan Rabbani sah meninggal dunia akibat Covid-19, jenazah selamat dikebumi di Pantai Dalam

Azizan disahkan meninggal dunia akibat jangkitan virus Covid-19.

(KEMAS KINI) BEKAS ahli kumpulan nasyid Rabbani, Azizan Khalid yang meninggal dunia secara mengejut pada Rabu disahkan positif virus Covid-19.

Ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz, 48, berkata, jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kubur, Pantai Dalam dan diuruskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut prosedur operasi standard (SOP) pada kira-kira pukul 5 petang, Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sesak nafas selepas sarapan, Azizan Rabbani meninggal dunia secara tiba-tiba - “Keluarga masih menunggu keputusan Covid-19”

Sebelum ini, arwah dijadualkan dikebumikan di kampung halamannya di Behrang, Perak namun ahli keluarga akur kerana jenazah perlu diuruskan secepat mungkin.

“Memang pada awalnya keluarga merancang untuk mengebumikan arwah di kampung halamannya di Behrang, Perak. Bagaimanapun pihak KKM tidak memberi kelulusan memandangkan arwah disahkan positif dan perlu diuruskan secepat mungkin.

“Jadi isteri arwah bersetuju untuk kebumikan di Pantai Dalam dan tidak jauh dari kediaman mereka," katanya kepada mStar.

azizan3

Azizan (kanan) bersama ahli kumpulan Rabbani.

Menerusi laporan mStar pada Khamis, Allahyarham Azizan, 46, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi Rabu.

Arwah meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas secara tiba-tiba dan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Pihak hospital dah sahkan punca kematian Allahyarham adalah disebabkan positif Covid-19.

AZADAN ABDUL AZIZ

KETUA KUMPULAN RABBANI

Sementara itu, Azadan turut menyatakan isteri dan anak perempuan Azizan kini perlu menjalani ujian calitan dan melakukan kuarantin kendiri selama dua minggu.

"Segala urusan pengebumian akan diuruskan oleh pihak KKM, jadi isteri dan anak perempuan Allahyarham juga kena buat swab test dan kuarantin selama dua minggu, " katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Allahyarham Azizan meninggalkan seorang balu, Dewi dan seorang cahaya mata perempuan bernama Ratna.

Azizan menyertai Rabbani yang popular dengan lagu Intifada dan Pergi Tak Kembali pada tahun 1997 sebelum menarik diri pada 2001.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak