suria

Rumah Rebecca Nur Islam ‘lumpuh’ diserang Covid-19, 10 orang termasuk pembantu rumah positif - “Suami teruk sedikit daripada yang lain”

Hanya Rebecca dan dua orang anaknya tidak dijangkiti Covid-19.

PERKARA yang paling ditakuti akhirnya terjadi!

Begitulah nasib yang menimpa pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam apabila tujuh anggota keluarga serta tiga pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19 pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih tak dapat ziarah raya, Rebecca Nur Al Islam bagi mesej kepada PM... mohon teliti semula SOP Aidilfitri

Selain suaminya iaitu Datuk Nor Azam Sulaiman, enam orang anak mereka iaitu Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al Raffael, Nor Ahmet Al Reaggan, Nor Aurora Riana antara yang turut dijangkiti virus berkenaan.

Rebecca 1

Rebecca berkongsi perkara itu di Instagram.

Bagaimanapun, aktres berusia 35 tahun ini berkata, dia dan dua orang lagi anaknya iaitu Nor Arif Qayyum dan Nor Anggerik Renesmee disahkan negatif.

"Keluarga kami diserang penyakit Covid-19.. dalam keluarga kami yang positif, suami saya, enam orang anak kami dan tiga orang pembantu rumah.

"Saya sangat sedih sekarang ini dan terlalu berdukacita. Tapi apa-apa pun, saya bersyukur, Alhamdulillah diri saya sendiri negatif.

"Selain saya, dua orang lagi anak saya negatif termasuklah pakcik Nasir, tukang kebun dan tiga orang lagi pembantu rumah yang lain, " kata Rebbeca.

Saya tahu suami saya kuat... Insya-Allah.

REBECCA NUR AL ISLAM

PELAKON

Pemilik nama Rebecca Nur Al-Islam Ahmad itu berkongsi berita sedih tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut mendoakan Rebecca kuat serta ahli keluarganya yang dijangkiti virus tersebut cepat sembuh.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut gagal apabila aktres tersebut tidak menjawab mesej.

Sementara itu Rebecca menambah, keadaan kesihatan suaminya terjejas teruk akibat virus berkenaan berbanding anak-anak dan pembantu rumahnya.

Rebecca 2

Rebecca risau dengan keadaan suaminya.

Rebecca turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang menjadi kontak rapat keluarganya dan berharap mereka melakukan ujian calitan dengan segera.

"Apa yang boleh saya katakan buat masa sekarang ini, tolong doakan untuk kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi kepada suami saya yang teruk sedikit daripada yang lain.

"Saya tahu suami saya kuat... Insya-Allah. Minta maaf jika ada kontak rapat yang terdekat dalam masa tujuh hari ke belakang. Saya harap anda cepat-cepat buat ujian calitan.

"Doa anda semua, saya perlukan. Terima kasih dan minta maaf daripada kami sekeluarga, " katanya.

Untuk rekod, Rebbeca mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 2011 dan mereka dikurniakan lapan cahaya mata termasuk dua orang anak angkat.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita bingung kereta kemik angkara labu