suria

Menggigil, sakit kepala... Amir Floor 88 positif Covid-19, tak tahu jangkit daripada siapa - “Saya tak ada melepak, hanya keluar beli makanan”

Anggota Floor 88 iaitu Amir dijangkiti Covid-19.

SALAH seorang anggota kumpulan Floor 88 iaitu Amir disahkan positif Covid-19 selepas mengalami demam panas dan sakit kepala yang teruk sejak Jumaat lalu.

Amir atau nama sebenarnya Amirul Affeq berkata kesihatan yang semakin merosot membuatkan dia mengambil keputusan untuk melakukan ujian calitan pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Floor88 tangguh kahwin kerana Covid-19 - “Banyak kerja tergendala... dewan dah booking, imam dah sedia”

"Saya bermula dengan demam pada Jumaat lalu... pagi itu, saya bangun badan jadi sekejap sejuk, sekejap panas. Ingatkan hanya simptom demam denggi dan saya pun macam rasa okay.

Amir 1

Amir turut berkongsi berita itu di Instagram.

"Lama-kelamaan keadaan semakin teruk dan pada Ahad, kepala pun dah mula rasa sakit sangat. Saya ambil keputusan untuk buat ujian calitan pada Isnin dan esoknya keputusan disahkan positif.

"Sekarang saya masih kuarantin di rumah, kalau keadaan teruk, mungkin akan kuarantin di Maeps. Buat masa ini, deria rasa dan bau dah hilang, " katanya kepada mStar.

Sebenarnya saya sendiri tak pasti mana punca saya dijangkiti.

AMIR FLOOR 88

PEMAIN GITAR

Sebelum ini, Amir berkongsi mengenai dirinya dijangkiti Covid-19 menerusi laman Instagram pada Khamis dan rata-rata netizen mendoakan keadaannya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Amir meluahkan rasa syukur isteri serta ibunya yang menetap bersama tidak dijangkiti virus tersebut dan kini menjalani kuarantin berasingan di rumah berdekatan.

Amir juga memberitahu dia tidak dapat mengenali pasti punca jangkitan tersebut memandangkan dirinya hanya keluar rumah untuk membeli makanan dan barangan keperluan sahaja.

Amir 2

Amir bersyukur isteri dan ibu tidak dijangkiti Covid-19.

"Alhamdulillah, isteri dan ibu negatif. Sementara ni mereka tinggal di rumah sewa kawan ibu. Sebenarnya saya sendiri tak pasti mana punca saya dijangkiti.

"Sebab saya hanya keluar rumah untuk beli makanan atau barangan keperluan sahaja. Itu pun saya keluar hanya di kawasan perumahan saya sahaja.

"Saya tak ada bertemu orang ramai atau melepak dengan orang ke. Jadi, saya pun tak tahu macam mana saya boleh dijangkiti virus ini, " ujarnya.

Untuk rekod, selain Amir, Floor 88 turut dianggotai oleh Ayie Elham selaku vokalis, Achoi (pemain gitar utama), Falique (pemain bass), Eric Fuzi (pemain keyboard) dan Akram (pemain dram).

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain