suria

[VIDEO] Izam EYE belum sampai tahap kibar bendera putih, gigih cari duit buat ‘show online’ - “Takkan saya nak minta sedekah?”

Izam bersama salah seorang anaknya Mohd Ali Haikal.

BERDEPAN situasi sukar, bekas penyanyi kumpulan EYE iaitu Izam terpaksa melakukan persembahan secara virtual di media sosial sebagai inisiatif mencari pendapatan.

Menurut Izam atau nama sebenarnya Mohd Izam Arshad, 53, dia menggunakan bakatnya sebagai penyanyi untuk menghiburkan orang lain yang kini ‘berkurung’ akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ARTIKEL BERKAITAN: Izam EYE lalui kehidupan sukar selepas diserang angin ahmar - “Tiga bulan tiada pendapatan... dua rumah sewa, 7 anak nak kena tanggung”

"Kita sedar di musim PKP ni dan memang tak boleh buat show, jadi takkan saya nak minta sedekah dan sumbangan?

Persembahan Izam di Facebook.

"Apa yang saya lakukan hari ni iaitu mempertaruhkan nama dan bakat saya untuk buat show secara online, at least boleh menghiburkan orang di rumah.

"Terpulang kepada mereka untuk beri sumbangan, saya tak tetapkan jumlah yang mereka nak bagi, " ujarnya kepada mStar.

Terdahulu, video nyanyian akustik Izam diiringi petikan gitar anak lelakinya Mohd Ali Haikal mendapat perhatian netizen dan dikongsi lebih 400 kali di media sosial Facebook pada Rabu.

Alhamdulillah, setakat ni masih okey lagi... tak sampai nak kibar bendera putih

IZAM EYE

PENYANYI

Bagaimanapun, Izam yang sebelum ini diserang angin ahmar itu memberitahu, kesukaran hidup yang dilalui belum sampai ke tahap terpaksa mengibarkan bendera putih.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Alhamdulillah, setakat ni masih okey lagi... tak sampai nak kibar bendera putih. Syukur apa yang saya buat sekarang ini dapat sokongan dan perhatian orang ramai dan saya kena usaha sikit la.

izamIzam akui kerjayanya sebagai penyanyi memang terjejas.

“Penyakit angin ahmar belum sembuh sepenuhnya, saya masih mendapatkan rawatan. Doktor pesan kena jaga pemakanan supaya tak bertambah teruk" ujarnya.

Izam diserang angin ahmar dan dirawat di Hospital Serdang pada 25 Jun 2020.

Dia mempunyai dua orang isteri iaitu Hayatie Rahmat dan Rosmawati serta dikurniakan tujuh orang anak.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Izam EYE, sumbangan ikhlas

Artikel Lain