suria

Suhu naik hingga 40 darjah Celsius, anak PU Abu positif Covid-19 - “Keadaannya sekarang tak berapa stabil”

Anak PU Abu, Aysar disahkan positif covid-19.

DISANGKA hanya mengalami demam panas, anak Pencetus Ummah (PU) Abu iaitu Muhammad Adam Aysar yang kini berusia tiga tahun rupa-rupanya dijangkiti Covid-19.

Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi berkata, anaknya segera dikejarkan ke Hospital Klang pada Ahad lalu apabila suhu badan anaknya mencecah 40 darjah Celsius.

"Anak saya Aysar disahkan posisitif Covid-19 dan keadaannya sekarang tak berapa stabil.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu kongsi foto dan nama anak keduanya - “Semoga kehidupanmu memberikan manfaat kepada orang lain”

"Ada masanya suhu okay, lepas tu kadang-kadang suhu naik semula sampai 40 darjah Celcius.

"Sekarang ni anak saya di bawah pemantauan doktor dan dijaga oleh ibunya, " ujarnya kepada mStar.

ain afini

Perkongsian Ain Afini di Instastory miliknya.

Dalam pada itu Abu berkata, mereka belum mengetahui punca jangkitan tersebut berikutan dia dan isteri tidak dijangkiti virus berkenaan.

Malah PU Abu juga berharap agar orang ramai mendoakan agar anaknya cepat sembuh daripada virus berbahaya itu.

Sekarang ni anak saya di bawah pemantauan doktor dan dijaga oleh ibunya

PU ABU

PENDAKWAH BEBAS

"Saya tak pasti macam mana boleh dapat jangkitan Covid-19.

"Kita tahu kawasan Lembah Klang ni zon merah dan berisiko. Saya harap semuanya dalam keadaan terkawal dan baik-baik sahaja, ” ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

PU Abu berkahwin dengan Ain Afini Latif pada Ogos 2018.

ain abu

PU Abu berkahwin dengan Ain Afini pada Ogos 2018.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar, 3.

Abu turut mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu Muhammad Uwais Mateen, 1, hasil perkahwinannya dengan Hana Azraa.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

PU Abu, Aysar, positif covdi

Artikel Lain