suria

The Truth lancar single Infiniti tanpa muzik video, akur tak dapat buat penggambaran kerana PKP

Duo The Truth dianggotai (dari kiri) Naufal dan Irwan.

DUO The Truth yang mempertaruhkan lagu berunsur nasihat dan kerohanian akur apabila lagu terbaharu mereka, Infiniti tidak dapat ditampilkan sekali dengan muzik video (MV) yang kebiasaannya dilancarkan pada hari yang sama.

Kumpulan yang dianggotai dua anak muda iaitu Naufal Isa, 23, dan Irwan Fariz, 22, berkata MV Infiniti sepatutnya dirakamkan pada awal Jun terpaksa ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bermula 1 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada undangan nyanyian, kumpulan duo nasyid, The Truth jual t-shirt jenama sendiri - “Kita percaya pada rezeki tapi kena ada back up plan”

"Cabaran terbesar release lagu waktu lockdown ini adalah daripada segi penggambaran muzik video itu sendiri kerana perlu melibatkan pelbagai pihak dan proses penggambaran di luar.

"Dalam situasi negara yang masih bergelut menangani pandemik ni, adalah lebih wajar untuk kami mendahulukan urusan-urusan yang lebih penting jika ingin keluar dari rumah.

the truth2

Infiniti mengisahkan tentang sahabat sejati yang sukar untuk dicari pada akhir zaman ini.

"Sebagai ganti, lagu Infiniti kami persembahkan dalam bentuk video animasi ringkas dahulu untuk hiburan peminat," kata Naufal.

Infiniti yang merupakan ciptaan sepenuhnya oleh komposer Akmal Mustafa menceritakan tentang konsep hubungan sesama manusia.

Dalam situasi negara yang masih bergelut menangani pandemik ni, adalah lebih wajar untuk kami mendahulukan urusan-urusan yang lebih penting jika ingin keluar dari rumah.

NAUFAL ISA

AHLI KUMPULAN THE TRUTH

"Setiap orang mungkin memiliki kawan yang sentiasa mengingatkan sahabatnya tentang akhirat namun kewujudan mereka dilihat semakin tandus dan janggal lebih-lebih lagi di akhir zaman ini.

"Infiniti melambangkan satu konsep yang tiada had dan dalam konteks lagu ini, ia merujuk kepada hubungan persahabatan yang berkekalan hingga di akhirat yang kekal abadi.

"Sebagai oranng Muslim kita mempercayai kewujudan akhirat yang kekal abadi. Begitu jugalah hendaknya persahabatan yang terjalin antara orang beriman, didasari matlamat untuk kekal hingga ke syurga,” kata Irwan pula.

the truth1

The Truth bernaung dengan Tarbiah Sentap Records.

Menariknya dalam single Infiniti, The Truth mempersembahkan karya mereka di dalam mood yang lebih bertenaga dan upbeat berbanding lagu-lagu sebelum ini.

Masih memilih pop rock sebagai genre utama, Infiniti menyerlahkan lagi vokal duo The Truth agar kelihatan lebih versatil.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Besar harapan kami agar lagu Infiniti dapat diterima baik oleh seluruh masyarakat bahkan menjadi lagu anthem sebuah persahabatan yang didasari keimanan," ujar Naufal.

Infiniti yang diterbitkan oleh Tarbiah Sentap Records kini sudah boleh didapati menerusi semua platform penstriman digital seperti Joox, Spotify dan Apple Music.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain