suria

Tiada undangan nyanyian, kumpulan duo nasyid, The Truth jual t-shirt jenama sendiri - “Kita percaya pada rezeki tapi kena ada back up plan”

The Truth dianggotai oleh Naufal (kiri) dan Irwan (kanan).

KRISIS pendamik wabak Covid-19 memberi kesan kepada banyak saktor termasuk industri seni sehingga segelintir selebriti kehilangan punca rezeki.

Kumpulan duo baharu yang dikenali sebagai The Truth mengakui mereka berhadapan dengan cabaran apabila tiada jemputan persembahan sepanjang empat bulan wabak ini menyerang negara.

Bagaimanapun, kumpulan yang dianggotai dua orang anak muda iaitu Naufal Isa, 22, dan Irwan Fariz, 21 memberitahu mereka sudah mengambil langkah awal dengan menceburi bidang perniagaan.



The Truth ceburi bidang perniagaan dengan menjual baju t-shirt.

"Pertama sekali kita kena percaya pada rezeki. Memang antara cabaran menjadi penyanyi nasyid ini adalah dari segi jemputan persembahan tambahan pula dengan keadaan negara yang masih belum bebas Covid-19.

"Jadi, jemputan menyanyi itu memang susah la buat masa sekarang dan bidang ini pula memang punca rezeki utama kami. Tapi bagi kami, kena ada back up plan. Dari situ la idea untuk menjual pelbagai produk jenama sendiri.

"Kami lancarkan pelbagai produk jenama kami dan antaranya baju t-shirt Cinta Edition yang diilhamkan daripada lagu kami. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan," kata Irwan kepada mStar.

Kami enggan kelihatan tipikal dan mahu menarik minat orang ramai

NAUFAL ISA

THE TRUTH

Irwan dan Naufal ditemui ketika sidang media pelancaran lagu baharu mereka berjudul Cinta Sementara di Sentap Press Sdn Bhd, Shah Alam baru-baru ini.

Dalam pada itu, The Truth yang bernaung di bawah pengurusan Tarbiah Sentap Records, memberitahu biarpun dikenali sebagai kumpulan nasyid namun mereka mahu menampilkan kelainan supaya dapat menarik minat ramai orang.

"Kami lebih selesa dikenali sebagai kumpulan yang versatil. Kami mahu mencuba pelbagai genre, tetapi biarlah setiap lagu yang kami sampaikan mempunyai mesej, moral serta memberikan impak positif.



The Turth mahu tampil kelainan untuk tarik minat ramai orang.

"Sebelum kami muncul dengan single sendiri, kami telah terlebih dahulu merakamkan lagu cover seperti Boy With Luv nyanyian BTS, Without Me nyanyian Halsey, Any Song nyanyian Zico dan banyak lagi.

"Tetapi semua lagu yang kami cover telah ditukarkan liriknya dalam bahasa Melayu dan kami berikan lirik yang positif. Kami enggan kelihatan tipikal dan mahu menarik minat orang ramai," ujar Naufal.

Selepas mendapat banyak respon positif menerusi lagu cover, kini The Truth tampil dengan single berjudul Cinta Sementara yang dilancarkan pada 3 Julai lalu dan berjaya mencecah lebih 450,000 tontonan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain