suria

Pakai baju ‘turtle neck’ pun kena tegur! Eina Azman elak kulit jadi hitam - “Langkawi panas sebab itu pakai macam tu”

Pakaian Eina dikatakan tidak sesuai dengan lokasi percutian.

PENAMPILAN pelakon Datin Eina Azman menjadi perhatian sekali lagi apabila perkongsian fotonya ketika bercuti di Pulau Langkawi, kedah menerima teguran netizen.

Seorang pengguna laman Instagram menganggap pakaian Eina yang menutup bahagian leher atau dikenali sebagai turtle neck itu tidak bersesuaian dengan lokasi percutian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dada nampak pelik! Eina Azman kesal netizen asyik fikir negatif - “Edit ke sebab lain macam...”

"Pakaian yang bodoh datin tak sesuai panas terik macam itu pakai turtle neck," tulis individu tersebut.



Eina membalas komen netizen.

Bagaimanapun, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 25 enggan melatah dan membalas komen tersebut dengan ayat sindiran.

Menurut isteri kepada ahli perniagaan Datuk Kaiser Gurmeet Harden itu, dia memilih pakaian itu kerana keadaan cuaca yang panas dan tidak mahu kulitnya menjadi gelap seperti hati individu tersebut.

Malah, Eina berkata, individu tersebut akan menjadi salah seorang netizen yang akan menulis kata-kata negetif jika dia memakai bikini.

Nasib baik saya turtle neck... kalau pakai bikini? Awak la antara orang yang akan kecam kan

EINA AZMAN

PELAKON

"Ia bukan bodoh... baju turtle neck saya nipis dan saya tak nak hitam macam hati awak itu. Langkawi panas sebab itu saya pakai macam itu.

"Nasib baik saya turtle neck... kalau pakai bikini? Awak la antara orang yang akan kecam kan," kata Eina di ruang komen tersebut.

Rata-rata netizen turut mempertahankan Eina yang memilih baju bersesuaian dengan dirinya dan tidak seksi ketika bercuti di sebuah pulau.



Eina bercuti dengan keluarganya di Langkawi.

Difahamkan Eina kini sedang menikmati percutian di pulau tersebut bersama suami dan anak kembarnya, anak kembar, Karl Kareed dan Arianna Aubrey yang kini berusia empat tahun.

Sebelum ini, foto dia bersama suaminya pernah menerima teguran netizen gara-gara bentuk dadad pelakon itu dikatakan kelihatan pelik seperti disunting.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain