suria

“Saya pandu secara perlahan dengan jarak yang dekat” - PU Abu jawab isu pangku anak sambil memandu balik kampung

Perkongsian foto PU Abu memangku anaknya, Mateen (kiri) ketika sedang memandu dikecam netizen.

TINDAKAN Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan berkongsi video di Instagram dengan menunjukkan cara menidurkan anak ketika di dalam kereta baru-baru ini mengundang kritikan netizen.

PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi menjelaskan dia meletakkan anak keduanya, Mateen dipangkuan ketika kereta dipandu secara perlahan dengan jarak yang dekat.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu 'kunci mulut' soal rujuk semula dengan bekas isteri pertama - “Saya tak nak komen, tanya Hana sendiri!”

PU Abu turut mengakui dia sudah menjangkakan perkongsian tersebut akan mengundang kecaman netizen namun menganggap ia sekadar suka-suka sahaja.



PU Abu mempunyai dua orang anak lelaki, Mateen (kiri) dan Adam.

"Rasa-rasanya semua budak kecil kalau dalam kereta mesti akan meragam tapi bila letak dipangku pemandu, mesti akan diam. Begitu juga anak-anak saya. Waktu itu saya dalam perjalanan nak pulang ke Jitra, Kedah.

"Mateen pula menangis tak berhenti. Jadi, saya berhentikan kereta di kawasan rehat untuk letak Mateen dipangku saya. Waktu saya bergerak semula itu, Mateen tertidur.

"Tapi masa itu kereta bergerak perlahan dan hanya dalam beberapa minit saja. Nampak macam saya pandu kereta di lorong kanan tapi sebenarnya saya gunakan lorong kiri dan meletakkan Mateen semula di car seat selepas dia tidur.

Kereta bergerak perlahan dan hanya beberapa minit sahaja.

PU ABU SUFYAN

PENDAKWAH BEBAS

"Sebenarnya jangkaan itu dah ada, mesti orang kecam tapi bagi saya... tak apa la, sebab saya kongsikannya sekadar suka-suka sahaja. Cuma saya lihat komen negatif pun sikit, kebanyakkan yang positif," kata PU Abu kepada mStar.

Baru-baru ini video perkongsian PU Abu menerima pelbagai reaksi netizen yang berpendapat tindakan itu satu kesalahan lalu lintas dan membahayakan keselamatan bayinya.

Menerusi video itu, dia menunjukan cara menidurkan anak dipangku tempat duduk pemandu sehingga bayi itu diam daripada meragam.



PU Abu pernah berkahwin dengan Ain Afini (kanan) dan Hana Azraa.

Dalam pada itu, pendakwah bebas itu menganggap netizen sengaja meninggalkan komen negatif kerana tiada isu melibatkan rumah tangganya untuk dikritik.

"Saya anggap netizen yang komen negatif itu mungkin sebab tak isu fasal rumah tangga saya dan tak ada point, jadi dia komen la begitu," ujarnya.

PU Abu mempunyai dua orang cahaya mata dari dua orang bekas isterinya iaitu Ain ‘Afini (Muhamad Adam Aysar) dan Hana Azra (Muhammad Uwais Al-Mateen).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain