suria

Nenek Daler Yusuf meninggal dunia selepas beberapa hari kritikal akibat Covid-19 - “Dia lebih daripada seorang ibu kepada saya...”

Daler sedih dengan permengian nenek yang sudah dianggap lebih daripada seorang ibu.

NENEK kepada pelakon Daler Yusuf iaitu Muhammadiyeva Shodi meninggal dunia di sebuah hospital di Uzbekistan akibat Covid-19, Jumaat.

Daler atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 28, meluahkan rasa sedih dengan pemergian nenek yang sudah dianggap lebih daripada seorang ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek Daler Yusuf kritikal kerana jangkitan Covid-19 - “Saya tak tahu nak buat macam mana... dia dalam keadaan koma”

"Dia lebih daripada seorang ibu kepada saya. Al-Fatihah," tulis Daler secara ringkas di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Daler juga memuat naik foto kenangan dia mencium pipi Allahyarham neneknya di laman sosial.



Pada Rabu, Daler memberitahu neneknya dalam keadaan koma selepas dijangkiti Covid-19.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan takziah daripada netizen yang mendoakan agar arwah nenek Daler ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Menerusi laporan mStar pada Rabu, Daler memberitahu neneknya ketika itu dalam keadaan kritikal dan terdapat jangkitan pada bahagian paru-paru nenek yang berusia 76 tahun tersebut.

Memandangkan Daler kini berada di Kuala Lumpur, pelakon drama Encik Suami Mat Salih Celup itu mengakui dia berasa bimbang memikirkan kesihatan neneknya.

Hasil semakan di laman sesawang Worldmeter pada Rabu, seramai 27,300 orang telah dijangkiti Covid-19 di negara berkenaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain