27 tahun genre dangdut, Amelina buat 'surprise' muncul single balada Ada Untukmu - “Hadiah unik buat peminat”

Sham Visa senang bekerjasama dengan Sham Visa.

SELEPAS 27 tahun berada dalam industri, ratu dangdut Amelina buat pertama kali melancarkan single baharu berentak balada berjudul Ada Untukmu.

Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 46, berkata, keberaniannya merakamkan lagu ini selepas menerima respons positif peminat ketika menyertai pertandingan nyanyian popular, Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada 2018.

"Ketika menyertai GV5, saya menerima tugasan mingguan untuk menyampaikan pelbagai genre lagu dan Alhamdulillah pada ketika itu, kesemua lagu berlainan daripada dangdut berjaya disampaikan dengan baik dan digemari ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila Kak Long berusaha posing macam budak 18 tahun walaupun...” - Amelina bergaya tak ikut umur, peminat naik menyampah

"Malah selepas keluar GV5 ramai yang tanya jika saya mahu mencuba genre baru selain dangdut. Syarikat pengurusan juga bersetuju untuk saya mencabar diri.

"Bermula dari situ kami mencari pelbagai lagu yang bersesuaian sehinggalah mendapat demo lagu ini yang begitu dekat di hati saya," ujarnya.



Amelina selesa bekerjasama dengan Sham Visa.

Tambah penyanyi lagu Memori Daun Pisang ini, kelainan pada genre itu disifatkan sebagai hadiah unik kepada para penyokongnya selama ini.

Lebih menarik, muzik video Ada Untukmu ini menampilkan penyanyi Sham Visa sebagai hero yang membawa watak sebagai suami.

Kata, Amelina pemilihan Sham disebabkan karakter penyanyi itu bersifat kebapaan sesuai dengan jalan cerita muzik video lagu tersebut.

"Sham dipilih untuk bawa watak suami kerana karakter dan usia yang sama dengan saya.

AMELINA

PENYANYI

"Selepas perbincangan, kami buat keputusan untuk menjadikan kisah sepasang suami isteri sebagai plot untuk video muzik ini.

"Ia mengisahkan tentang seorang suami yang kematian isteri dan tidak dapat meneruskan kehidupan kerana terlalu sedih.

"Dari situ, Sham dipilih untuk membawa watak suami kerana karakter dan usianya yang sama dengan saya.



Amelina membawa kelainan untuk peminat dalam pembikinan lagu Ada Untukmu.

"Saya rasa saya perlu cari yang usianya lebih kurang saya. Takkan nak pilih seseorang yang lebih muda pula... jadi sepadan la. Lagipun dia macam daddy daddy gitu.

"Lagipun saya sudah biasa dan mudah untuk bekerjasama dengan dia," katanya.

Ada Untukmu merupakan ciptaan sepenuhnya vokalis Drama Band iaitu Aepul Roza boleh dilayari dan dimuat turun secara rasmi di semua platform digital antaranya Spotify, Joox, Kkbox dan iTunes.

Manakala video muzik single ini akan dilancarkan di saluran YouTube Nova Music bermula Jumaat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Amelina, Sham Visa,

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik