Tahniah! Ippo Hafiz dapat 'baby boy' - “Sungguh kuat bidadariku bertarung nyawa”

Ippo Hafiz berkongsi foto nak sulungnya di Instagram.

SELEPAS sembilan bulan menunggu, isteri penyanyi Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Yusuf Zarin Nur pada Rabu.

Ippo atau nama sebenar Muhammad Hafiz Yaziz, 31, menerusi Instgaramnya meluahkan perasaan syukur apabila isteri dan bayinya kini berada dalam keadaan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Ippo Hafiz bakal timang cahaya mata pertama - “Isteri tidak alami alahan tapi saya pula yang mengidam”

"Pandangan pertama dari sayang papa, masa ni kita bagi semangat pada Mama, kan.

"Segala puji bagi Allah, waktu Asar pada Rabu lahirlah Yusuf Zarin Nur.



Ippo bersama isterinya, Fara Roslan.

"Sungguh kuat bidadariku bertarung nyawa tadi. Terima kasih kepada yang mendoakan, ya.

"Terima kasih tak terhingga, sangat teruja. Sungguh hargai penantian selama sembilan bulan ini," tulisnya.

Penyanyi itu turut menerima ucapan tahniah daripada peminat dan rakan-rakan artis.

Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dalam sebuah majlis sederhana di Impian Abadi 8, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Ippo turut mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Cinta Rizky Amanda, 4, yang dijaga sejak dilahirkan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ippo Hafiz, Fara Roslan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain