“Bila Kak Long berusaha posing macam budak 18 tahun walaupun...” - Amelina bergaya tak ikut umur, peminat naik menyampah - Hiburan | mStar

“Bila Kak Long berusaha posing macam budak 18 tahun walaupun...” - Amelina bergaya tak ikut umur, peminat naik menyampah

Gaya Amelina mendapat perhatian netizen.

PENAMPILAN penyanyi dangdut terkenal, Amelina ketika sedang menjalani sesi penggambaran di sebuah studio pada Rabu mengundang kecaman netizen di media sosial.

Amelina yang mengenakan pakaian yang kelihatan agak seksi dan menjolok mata itu dianggap tidak sesuai dengan usianya yang kini sudah mencecah 43 tahun.

Dalam sesi penggambaran tersebut, Amelina dilihat memakai dress yang terbuka pada bahagian dada bersama choker (rantai leher) dan topi.

Amelina dikatakan semakin seksi.

Amelina atau lebih mesra disapa Kak Long menerusi kapsyen memberitahu dia berusaha untuk memberikan gaya seperti seorang remaja.

"Bila Kaklong berusaha keras nak posing macam budak 18 tahun walaupun..." tulisnya.

Rata-rata netizen berasa kurang senang dengan penampilannya itu selain menganggap pakaian itu tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita melayu dan beragama Islam.

Antara komen netizen di IG Amelina.

Tambahan pula, Amelina berstatus ibu tunggal kepada enam orang cahaya mata.

“Kak Long tak payah la nak pose gaya budak-budak 18 tahun ke apa... bergayalah ikut umur sendiri. Tak manis kita tengok macam tu. Tak sesuai pun dengan umur. Baju tu dah direka tutup sampai atas kenapa perlu buka dan dedahkan bahagian dada?

“Kakak dah cantik... tak perlu bergaya seksi macam ni. Tak manis dipandang.

“Betul, saya suka sangat bila Kak Long muncul semula dalam bidang nyanyian ni. Tapi bila makin hari cara pemakaian kakak, aduhai saya naik menyampah,” tulis netizen.

Amelina

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain