“Berbaik sebab anak, bukan cari publisiti murahan” - Adam Shahz ulas hubungan dengan bekas isteri

Adam Shahz mengakui hubungan baik yang terjalin dengan bekas isteri hanya kerana anak.

PELAKON Adam Shahz menafikan dakwaan kononnya dia kini sudah berbaik dengan bekas isterinya iaitu pelakon Fatin Afeefa disebabkan mahu mencari publisiti murahan.

Menurut Adam, hubungan baik yang terjalin antara dia dan bekas isteri adalah demi masa depan anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasutan Punca Adam Shahz, Isteri Bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Anak lelaki Fatin Afeefa tidak ada kaitan dengan Adam Shahz!

“Memang betul, pada awalnya ada perbalahan antara kami dan setiap yang berlaku itu pasti ada sebab.

“Sesetengah orang mungkin anggap berbaik dengan bekas isteri seolah-olah nak mencari publisiti.

“Tapi sebenarnya hubungan kami baik semata-mata untuk anak... lagipun anak selalu tanya kenapa tak keluar dengan mummy dan dia mungkin tanya kepada Fatin kenapa tak keluar dengan daddy” ujarnya kepada mStar.

Adam dan Fatin dilihat ada bersama dalam satu majlis baru-baru ini.

Adam berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai hubungannya dengan bekas isteri.

Sebelum ini, hubungan pasangan tersebut dingin selepas membuat keputusan untuk bercerai.

Bagaimanapun, kebelakangan ini Adam dilihat ada memuat naik beberapa foto bersama bekas isteri dalam majlis yang diadakan oleh rakan-rakan selebriti.

Dalam pada itu, pelakon Juvana ini juga berkata, dia boleh bersikap profesional sekiranya diminta mana-mana pihak yang memerlukan mereka bergandingan.

“Tapi kami sekarang okay sahaja. Tiada masalah. Malah, kami boleh main game bersama dekat event.

Sebenarnya hubungan kami baik semata-mata untuk anak.

ADAM SHAHZ

Pelakon

“Pernah beberapa hari lalu netizen timbulkan isu dan buat hubungan saya dengan Fatin jadi tegang.

“Apa-apa saya update di Twitter kadang-kadang bukan dituju untuk sesiapa pun. Kenyataan itu random saja,” jelasnya.

Mengulas mengenai dakwaan dia kini mempunyai teman wanita, Adam berkata, dia selesa berkawan dengan ramai wanita.

“Buat masa ini saya selesa berkawan dengan semua orang. Setakat ini tiada apa-apa planning tapi kalau ada yang mendoakan, siapa tahu ia menjadi,” katanya.

Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 25, pada 21 Disember 2013 namun kedua-duanya mengambil keputusan untuk bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan yang dibina selama empat tahun itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia yang kini berusia empat tahun.

Adam Shahz, Fatin Afeefa

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain