“Bukan strategi untuk gimik murahan” - Erra Fazira terkejut Shahir terima ‘lamarannya’

Pemilihan Shahir sebagai pelakon utama dalam video klip lagu Menangkah Cinta bukan hanya persetujuan Erra seorang sahaja.

PENAMPILAN penyanyi Shahir Zawawi dalam video muzik lagu terbaharu penyanyi dan pelakon Erra Fazira, Menangkah Cinta bukan untuk dijadikan sebagai gimik murahan.

Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 45, pemilihan Shahir dibuat selepas perbincangan dan kata sepakat semua pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Allah tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan” - Erra Fazira reda hubungan cinta dengan Shahir berakhir

Malah, pada awalnya Erra mendedahkan dia memilih vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie memandangkan mereka mempunyai projek khas pada tahun hadapan.

Erra dan Shahir masih berhubung sebagai rakan biasa.

"Saya dan semua team nak cari model untuk video klip itu yang sudah dikenali. Jadi, ada beberapa nama dicalonkan seperti Zul Ariffin dan Remy Ishak.

"Tapi nama Shahir terpilih selepas mendapat kata sepakat, bukan atas persetujuan saya seorang. Bukan strategi yang dirancang untuk dijadikan gimik murahan.

"Kalau ikutkan, saya memang nak Awie sebab tahun hadapan kami ada projek istimewa bersama tapi jadualnya tidak sesuai," katanya kepada mStar.

Erra ditemui ketika sidang media bersama Erra Fazira 'Menangkah Cinta' di New World Petaling Jaya Hotel, Kelana Jaya, pada Rabu.

Tapi tiba-tiba Ungku ada komitmen lain dan secara kebetulan Shahir hubungi saya semula mengatakan dia setuju nak berlakon dalam video muzik saya.

ERRA FAZIRA

Penyanyi dan pengacara

Video muzik yang menampilkan Shahir sebagai pelakon utama akan dilancarkan di saluran Youtube pada pukul 8 malam, Rabu.

Sebelum ini, Erra mendedahkan hubungan dia dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu sudah berakhir sejak Januari lalu.

Bagaimanapun, mereka masih mempunyai hubungan baik dan dia reda apabila rancangan untuk berumah tangga dengan penyanyi itu tidak kesampaian.

Dalam pada itu, pengacara program Mingguan Wanita ini memberitahu dia terkejut apabila Shahir menerima 'lamarannya' untuk muncul dalam video muzik itu.

Erra tampil dengan single terbaharu berjudul Menangkah Cinta.

Pada mulanya Shahir menolak disebabkan mempunyai komitmen lain dan pelakon Ungku Ismail menjadi pilihan namun perubahan berlaku pada saat akhir.

"Ikutkan awalnya, Shahir menolak sebab ada komitmen lain dan Ungku Ismail pula setuju nak bekerjasama dengan kami.

"Tapi tiba-tiba Ungku ada komitmen lain dan secara kebetulan Shahir hubungi saya semula mengatakan dia setuju nak berlakon dalam video muzik saya.

"Saya takut nak ajak dan jangkaan saya, Shahir tidak mahu tapi terkejut pula apabila dia terima pelawaan saya," ujarnya. 

Erra Fazira, Shahir

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain