suria

“Berbulan-bulan saya down, kalau boleh nak tidur saja” - Hafiz Hamidun serik terpalit dengan kontroversi rumah tangga

Hafiz tidak mahu lagi terpalit dengan cerita yang mengundang kontroversi.

PENYANYI Hafiz Hamidun mendedahkan kehidupannya pernah terganggu selama beberapa bulan ketika dilanda kontroversi rumah tangganya pada dua tahun lalu.

Menurut Mohammad Hafiz Hamidun, 35, ketika itu dia hanya fikir ingin tidur sepanjang masa disebabkan terlalu memikirkan tanggapan orang terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya harap orang lupakan kisah saya dan dia” - Hafiz Hamidun tidak serik untuk berkahwin lagi

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia wanita yang sangat 'fun' dan comel” - Hati Hafiz Hamidun kembali berbunga, akui rapat dengan instafamous berstatus janda

"Benda itu (kontroversi) bukan sesuatu yang saya mahukan. Masa itu, kehidupan dan prestasi kerja saya terganggu, bukan seminggu, dua tapi berbulan-bulan rasa down.


Hafiz kini lebih gembira tanpa terpalit dengan mana-mana kontroversi.

"Kalau boleh saya nak tidur saja, anggap benda yang jadi itu hanya mimpi. Kalau esoknya terjaga, saya sedar semunya benar-benar terjadi.

"Yela, tak pernah terjadi dan setiap hari saya terlalu memikirkan apa orang cakap fasal saya," kata Hafiz kepada mStar.

Hafiz ditemui ketika sidang media bersama Erra Fazira 'Menangkah Cinta' di New World Petaling Jaya Hotel, Kelana Jaya, pada Rabu.

Sebelum ini, Hafiz pernah berkahwin dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017 namun mereka bercerai pada 25 Oktober 2017.

Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang dan soal cinta bukan keutamaan sebab nak fokus pada diri, karier dan perniagaan dahulu.

HAFIZ HAMIDUN

Penyanyi

Dalam pada itu, Hafiz memberitahu dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan isu negatif kerana kini kehidupannya lebih bahagia.

Hafiz turut berkata buat masa kini dia mahu memberi tumpuan kepada karier serta perniagaan dan soal cinta bukan menjadi keutamaannya.

"Selepas isu perkahwinan itu, rasa-rasanya sudah tiba masa untuk saya kurangkan cerita-cerita yang boleh mengundangkan kontroversi.

"Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang dan soal cinta bukan keutamaan sebab nak fokus pada diri, karier dan perniagaan dahulu," ujarnya.

Hafiz Hamidun

Artikel Lain