“Dia wanita yang sangat 'fun' dan comel” - Hati Hafiz Hamidun kembali berbunga, akui rapat dengan instafamous berstatus janda - Hiburan | mStar

“Dia wanita yang sangat 'fun' dan comel” - Hati Hafiz Hamidun kembali berbunga, akui rapat dengan instafamous berstatus janda

Hafiz mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang wanita berstatus janda dari negara seberang.

PENYANYI Hafiz Hamidun mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang wanita berstatus janda dari negara seberang.

Menurut Hafiz, 35, dia mula mengenali wanita itu beberapa bulan lalu melalui teman rapat yang menetap di Indonesia.

"Kami hanya berkawan, masih dalam usaha mengenali hati budi. Apa yang saya boleh kata, dia seorang wanita yang menyenangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanya memang senang, tapi nak jawab tu... - Hafiz Hamidun

ARTIKEL BERKAITAN: "Baguslah kalau dah ada pengganti" - Hafiz Hamidun lega Jov Revfa akhirnya jumpa jalan bahagia

"Sekarang masih dalam proses berkenalan lagi memandangkan kami banyak berhubung secara jarak jauh. Jadi tiada kesempatan untuk bertemu selalu.

"Terlalu awal untuk kata bercinta, apa yang boleh saya kata masih dalam proses kenal-kenal," katanya kepada mStar.

Hafiz sedang berkawan rapat dengan wanita dari Indonesia.

Difahamkan wanita berusia 20-an itu merupakan seorang usahawan di Indonesia dan turut memiliki jumlah pengikut yang ramai di Instagram.

Sebelum itu, menerusi Instagram Hafiz ada memuat naik paparan skrin panggilan telefon dan turut disertakan emoji love dan kapsyen 'rindu sama aku ya!'.

Dalam pada itu, Hafiz berkata timbul keserasian antara mereka dan tidak menolak untuk meneruskan hubungan ke fasa lebih serius.

Hafiz tidak kisah soal status yang dibawa wanita tersebut.

"Dia seorang wanita yang sangat fun, comel dan memahami. Soal status tu saya tak kisah!

"Apabila berbual dengannya saya dapat rasa banyak keserasian dan untuk elakkan hal lama terjadi kembali, rasanya lebih baik untuk kita kenal dan pastikan semuanya terlebih dahulu," ujarnya.

Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017 sebelum bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017 selepas hanya lima bulan mendirikan rumah tangga.

Kemelut rumah tangga pasangan itu tercetus selepas Hafiz berasa ragu-ragu dengan status perkahwinan mereka apabila Joy gagal menyerahkan sijil perceraian perkahwinannya yang terdahulu.

Hafiz Hamidun

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Blok Azmin sertai Bersatu - Sumber