Tahniah! Sarimah Ibrahim dah jadi ibu - “Hadiah dari syurga, Tunku ‘X’ kami sudah selamat dilahirkan”

Sarimah selamat melahirkan bayi perempuan pada Jumaat. Foto Instagram @sarimahibrahim

SELEPAS empat tahun mendirikan rumah tangga dengan kerabat Negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim kini bergelar ibu apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Jumaat.

Sarimah, 41, berkongsi berita gembira tersebut menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.

"Alhamdulillah, hadiah dari syurga, Tunku ‘X’ kami sudah selamat dilahirkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarimah Ibrahim tak menyangka bakal dapat anak pada usia 41 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya akan ada kawan baru, boleh ajak bersolek!”- Sarimah Ibrahim bakal lahir bayi perempuan

"Insya-Allah, lebih banyak perkembangan akan dikongsikan selepas ini," katanya.

Dalam hantaran tersebut, dia turut memaklumkan akan berkongsi lebih lanjut mengenai kelahiran puteri pertamanya itu di Instagram.

Sarimah dan suami teruja timang cahaya mata pertama.

Menariknya, puteri sulung pasangan ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan moyangnya, Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman iaitu pada tanggal 19 Julai.

Sarimah dan Tunku Nadzimuddin, 47, berkahwin pada 2 April 2015.

Menerusi laporan mStar pada Mei lalu, Sarimah berkata dia tidak sabar untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti bersolek dan memilih pakaian bersama anak sulungnya itu.

"Alhamdullilah selepas ni saya ada kawan baru dan boleh lakukan pelbagai aktiviti bersama anak perempuan saya seperti bersolek dan memilih pakaian.

"Selain itu, ia juga sesuatu pengalaman baru dengan orang baru buat saya dan suami," ujarnya.

Sarimah Ibrahim

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain