“Saya harap orang lupakan kisah saya dan dia” - Hafiz Hamidun tidak serik untuk berkahwin lagi - Hiburan | mStar

“Saya harap orang lupakan kisah saya dan dia” - Hafiz Hamidun tidak serik untuk berkahwin lagi

Hafiz menganggap kegagalan rumah tangga yang dibinanya sebelum ini sebagai pengajaran.

SELEPAS kegagalan rumah tangga sebelum ini, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun memberitahu dia kini lebih berhati-hati terutama dalam memilih pasangan hidup.

Menurut Hafiz, 35, dia tidak serik untuk mendirikan rumah tangga sebaliknya menganggap kegagalan perkahwinan pertamanya sebelum ini sebagai pengajaran.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia wanita yang sangat 'fun' dan comel” - Hati Hafiz Hamidun kembali berbunga, akui rapat dengan instafamous berstatus janda

ARTIKEL BERKAITAN:  "Baguslah kalau dah ada pengganti" - Hafiz Hamidun lega Jov Revfa akhirnya jumpa jalan bahagia

"Mungkin selepas ini saya akan menjadi lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.

"Tidak bererti sebelum ini saya tak berhati-hati tetapi ia terjadi juga sebab ia pengalaman pertama saya.

"Jadi saya anggap ia sebagai satu proses pembelajaran untuk saya," katanya kepada mStar.


Hafiz kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, dia tiada masalah sekiranya bekas isterinya itu berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki.

Bagaimanapun dia berharap agar orang ramai dapat melupakan kisah silam yang pernah terjadi antara mereka.

"Siapa dahulu yang jumpa jodoh, itu bukan masalah bagi saya... kalau dia sudah bertemu jodoh, baguslah. Alhamdulillah.

Kalau itu yang terbaik untuk dia, silakan. Sebab saya pun tak mahu dia selama-lamanya tiada jodoh.

Hafiz Hamidun

Penyanyi

"Kalau itu yang terbaik untuk dia, silakan. Sebab saya pun tak mahu dia selama-lamanya tiada jodoh.

"Berbanding dengan apa yang kita sudah lalui, mungkin jalannya kali ini lebih mudah untuk dia. Saya cuma harap orang boleh lupakan kisah saya dan dia," katanya.

Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017 sebelum bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017 selepas hanya lima bulan mendirikan rumah tangga.

Kemelut rumah tangga pasangan itu tercetus selepas Hafiz berasa ragu-ragu dengan status perkahwinan mereka apabila Joy gagal menyerahkan sijil perceraian perkahwinannya yang terdahulu.


Hafiz Hamidun , Joy Revfa

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain