“Diam tak bermaksud salah” - Nabil Mahir dituduh cuba jadi mangsa keadaan selepas pendedahan Sarah Hildebrand - Hiburan | mStar

“Diam tak bermaksud salah” - Nabil Mahir dituduh cuba jadi mangsa keadaan selepas pendedahan Sarah Hildebrand

Nabil memilih untuk berdiam diri kerana enggan memalukan mana-mana pihak. Foto Instagram @nabilmahir

GARA-GARA pendedahan pelakon Sarah Hildebrand mengenai punca dia putus cinta, tidak semena-mena bekas kekasih iaitu Nabil Mahir menerima kecaman di Instagram.

Walaupun tidak menyebut secara khusus individu tersebut, netizen mengandaikan lelaki yang dimaksudkan Sarah itu ialah pengacara Nabil.

Enggan memanjangkan cerita, Nabil menerusi Instagram memilih untuk berdiam dan turut berterima kasih kepada mereka yang membuat teguran terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dituduh curang, ada hubungan dengan pengurus, maaf saya bukan pelacur!” - Sarah buat pendedahan untuk bantu wanita lain

"Banyak benda boleh kongsi, tapi ada yang tak perlu, takut makan diri. Diam tak bermaksud salah atau kalah.

"Apa pun terima kasih atas semuanya, segala keaiban, fitnah dan kutukan. Terima kasih atas teguran dan nasihat semua. Doakan yang baik-baik," tulisnya pada Isnin.

Netizen menyerang ruangan komen di Instagram Nabil.

Pada Sabtu lalu, Sarah Hildebrand membuat pendedahan secara terbuka tentang punca hubungan cinta yang dibina selama lima tahun putus selepas bekas kekasihnya membuat pelbagai tuduhan terhadapnya sepanjang mereka bercinta.

Malah, lebih parah pelakon drama Pujaan Hati kanda ini mendakwa pernah dituduh melakukan perkara terkutuk dengan pengurusnya.

Dia yang post fasal ex dulu, ex balas balik tiba-tiba nak playing victim!

NETIZEN

Sarah terpanggil untuk berkongsi perkara itu selepas mendapat banyak mesej yang meminta pendapatnya apabila terperangkap dalam sebuah hubungan cinta yang bermasalah.

Sementara itu, ruangan komen pada kapsyen yang ditulis Nabil itu menerima pelbagai reaksi netizen.

Sebahagian komen netizen di Instagram Nabil.

Rata-ratanya berasa kurang senang dengan tindakan Nabil dan meminta bekas pengacara program HLive itu tidak berpura-pura seperti menjadi mangsa keadaan.

"Buat apa nak takut makan diri? Then dia tak sakit hati? Play victim nya.

"Alhamdulillah, cakap dekat diri sendiri, lepas ni jangan nak buli girlfriend tau.

"Dia yang post fasal ex dulu, ex balas balik tiba-tiba nak playing victim," komen netizen.

Terdahulu, Sarah dan Nabil berpisah pada Februari lalu selepas lima tahun bercinta.

Nabil Mahir , Sarah Hildebrand

Artikel Lain