suria

“Saya bukan seperti anda fikir, hanya beranak lain-lain maid buat” - Zizie Ezatte tepis pendapat anak lebih rapat dengan pengasuh

Zizie akui hubungan dengan kelima-lima anaknya sangat rapat.

PELAKON Zizie Ezatte menepis andaian segelintir masyarakat bahawa anak-anak akan lebih rapat dengan pengasuh berbanding ibu sendiri sekiranya menggunakan khidmat pembantu.

Biarpun mempunyai pembantu dalam membesarkan lima orang anaknya, Zizie berkata, dia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kesemua anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dapat kembar lelaki, Zizie Ezette timang bayi perempuan pula

"Alhamdulillah, anak-anak paling rapat dengan saya walaupun ada yang berpendapat bila mereka ada pengasuh, mereka akan lebih rapat dengan pengasuh dan ada juga yang berpendapat, mereka akan ingat pengasuh ibu mereka.

"Silap sama sekali andaian mereka itu pada saya," ujarnya di Instagram pada Isnin.

Zizie bersama anak-anak dan lima orang pembantunya.

Zizie berkata, dia mungkin tidak melakukan kerja-kerja seperti mencuci pakaian dan membersihkan rumah, namun dia mempunya tanggungjawab lebih berat dalam memastikan anak-anaknya membesar dengan baik.

Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan iaitu Datuk Seri Bung Moktar berkata, dia mahu memberi perhatian sepenuhnya dan memberikan kasih sayang terhadap anak-anaknya.

"Mungkin bukan kerja saya yang mencuci pakaian anak-anak, merapikan tempat tidur mereka dan tugas membersihkan rumah bukan juga tugas saya.

"Sebagai ibu saya mempunyai tanggungjawab lebih besar dalam mendidik dan melihat perkembangan anak-anak di depan mata saya.

"Bukan seperti ada yang fikir, hanya beranak tapi lain-lain maid yang buat, jauh sama sekali" ujarnya.

Sebagai ibu saya mempunyai tanggungjawab lebih besar dalam mendidik dan melihat perkembangan anak-anak di depan mata saya.

ZIZIE EZATTE

PELAKON

Zizie sebelum ini mengakui menggunakan khidmat lima orang pembantu rumah bagi menjaga lima nak termasuk dua anak angkatnya.

Pelakon Spa Q itu berkahwin dengan Bung Moktar pada 2009.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aadam Zac Izette, Aaleph Zake Izzate, 1, dan Aalisa Belle Izzete yang kini berusia lima bulan.

Pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 1.

Zizie Izzatte

Artikel Lain