suria

Remy Ishak tak selesa berat badan naik 10 kilogram “Nak tidur pun ada rasa macam kena hempap”

Remy naikkan berat badannya demi menjayakan watak dalam filem Sangkar. Foto: KAMARUL ARIFFIN, IG: @sangkarmovie.

PELAKON Remy Ishak mengakui peningkatan berat badan sebanyak 10 kilogram ketika menjalani penggambaran filem Sangkar membuatkan dia berasa tidak selesa dengan keadaan dirinya.

Menurut Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 37, beratnya bertambah disebabkan makan tanpa henti demi untuk kelihatan berbeza dalam filem tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak terpaksa makan lapan kali sehari

"Berat saya dalam 73 hingga 75 kilogram sahaja dan tak pernah lebih tapi disebabkan filem itu berat saya bertambah sehingga 85 kilogram.

Gabungan tiga pelakon utama menerusi filem Sangkar.

"Paling berat sepanjang hidup saya setakat ini. Bukan kata nak bergerak saja susah, nak tidur pun ada saya rasa macam 'aku nak mati ke' sebab nafas pendek dan macam kena hempap.

"Naik tangga pun cepat letih dan memang saya tak selesa dengan diri sendiri. Tapi sebab menjadi seorang pelakon, saya tak nak nampak sama sahaja," katanya kepada mStar.

Bukan kata nak bergerak saja susah, nak tidur pun ada rasa macam 'aku nak mati ke' sebab nafas pendek 

- REMY ISHAK

PELAKON

Filem aksi arahan Kabir Bhatia itu menjalani penggambaran pada 8 Mei tahun lalu dan bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura bermula pada 29 Ogos depan.

Selain Remy, filem itu turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Mira Filzah dan atlet peninju profesional MMA, James Macsweeney serta Saiful Merican, Rashid Salleh, Peter Hugh Davis dan Terry Gallyot.

Salah satu babak ketika Remy berlawan dengan Zul.

Dalam pada itu, Remy memberitahu dia seronok dapat membintangi filem aksi memandangkan dirinya banyak terlibat dalam drama percintaan dan kekeluargaan.

"Seronok sebenarnya buat filem aksi ini sebab sebelum ini saya banyak terlibat dalam drama percintaan dan kekeluargaan. Cuma, penggambaran dibuat pada bulan Ramadan.

"Jadi, dia punya penat memang lain la tapi ada perkara yang lagi seronok dan susah juga sebenarnya bagi saya sebab karakter sangat berbeza dalam filem itu.

"Saya cuba lari daripada Remy Ishak yang orang selalu tengok" ujarnya.

Remy Ishak, Mira Filzah, Zul Ariffin

Artikel Lain