Nabila Huda tegur 'kerja gila' Ara Johari makan mi pedas dengan durian “Siapalah yang bodoh mulakan cabaran ini?”

Aksi Ara makan mi segera dengan durian terima kecaman netizen termasuk Nabila Huda.

VIDEO penyanyi Ara Johari menyahut cabaran makan mi segera pedas bersama buah durian bukan sahaja menerima reaksi netizen, malah pelakon sensasi Nabila Huda turut mengecam tindakan tersebut.

Nabila meluahkan perasaan marah dan menganggap cabaran itu sebagai kurang cerdik memandangkan dua makanan itu boleh memudaratkan dan menjadikan suhu badan meningkat.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tolong hormat saya, jangan judge!" - Ara Johari naik muak asyik cakap isu rambut

"Eh gila la! Siapalah yang bodoh mulakan cabaran makan mi segera pedas dengan durian? Berhentilah buat benda bodoh macam ni. Durian dah la panas!

Nabila turut meninggalkan komen mengenai cabaran yang dilakukan Ara.

"Kalau mati macam mana...? Malaysia, tolonglah! Ada banyak lagi benda lain boleh cuba selain daripada buat benda yang boleh bawa padah ni.

"Ya Allah... Kan aku dah bebel macam mak-mak," tulis Nabila menerusi ruang komen di video tersebut.

Berhentilah buat benda bodoh macam ni. Durian dah la panas!

NABILA HUDA

PELAKON


Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menganggap tindakan Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 22, itu sebagai tidak berfikir panjang berikutan dia mempunyai masalah gastrik.

Ara mengalami muntah-muntah selepas sahut cabaran mi segera dengan durian.

Menerusi video yang dimuat naik, penyanyi itu mengalami muntah-muntah selepas melakukan cabaran tersebut.

Segelintir netizen beranggapan Ara bersama rakan-rakannya melakukan perkara itu semata-mata untuk meraih tontonan Youtube biarpun mengetahui gabungan dua makanan itu boleh membahayakan kesihatan.

Nabila Huda, Ara Johari

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah ke-16