suria

"Tolong hormat saya, jangan judge!" - Ara Johari naik muak asyik cakap isu rambut

Ara Johari kembali dengan imej berambut pendek.

PENYANYI Ara Johari sekali lagi mahu orang ramai menghormati keputusannya untuk tampil dengan imej berambut pendek.

Bosan dengan isu yang dianggap remeh, Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 22, menegaskan tiada apa yang salah dengan gaya berkenaan memandangkan dia tidak membuat sebarang promosi negatif.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan sentuh hal keluarga, privasi dan kerjaya Ara Johari

"Masing-masing ada pendapat mereka sendiri. Asalkan saya tak buat benda-benda yang salah atau ajar perkara yang bukan-bukan, ini hak saya untuk berambut pendek.

"Saya cuma minta mereka hormat keputusan saya, mereka tak boleh nak judge saya," katanya kepada mStar Online.

Tambah Ara, perwatakannya yang agak kasar dan tidak gemar mengurus rambut membuatkan dia lebih selesa dengan imej itu malah enggan ambil pusing sekalipun dilabel sebagai pengkid.

Ara sebelum ini tampil dengan imej berambut panjang.

"Tak dinafikan ada peminat yang minta saya simpan rambut panjang dan nak lihat saya berimej feminin, tapi lebih ramai yang suka dengan imej berambut pendek.

"Lagipun ia mudah kerana saya bukan orang yang suka jaga rambut. Jadi kalau rambut pendek ni saya rasa senang nak jaga. Pergi  shoot atau mana-mana show pun tak  perlu susah-susah nak blow rambut.

"Saya tak kisah kalau orang nak cakap saya nampak macam lelaki sebab pada saya ia hanya stail. Asalkan saya tak membawa ke arah itu, cukuplah," katanya.

Sementara itu bercerita mengenai kerjaya, Ara memberitahu dia kini sibuk mempromosikan single terbaharunya berjudul Paku selain bakal tampil dengan beberapa lagu beberapa bulan lagi.

"Nak berlakon, belum bersedia lagi... jadi sekarang ni saya hanya fokus dengan lagu Paku. InsyAllah akan ada single terbaharu selepas raya," katanya.

Ara Johari, Bunga

Artikel Lain