suria

Hans Isaac sah Pengerusi Finas, mahu fokus kebajikan dan kesejahteraan penggiat seni

Pelantikan Hans adalah bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa pada Isnin.

PELAKON dan penerbit Datuk Hans Isaac sah dilantik sebagai Pengerusi baharu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berkuatkuasa Isnin.

Menurut Hans atau Gerald Hans Isaac, 48, beliau akan berusaha memberikan yang terbaik dalam melaksanakan tugasnya sepanjang tempoh dua tahun memegang jawatan itu.

Hans turut memberitahu fokusnya akan ke arah kebajikan dan kesejahteraan rakan industri dan penggiat seni disamping menaikkan kualiti filem tanah air.

"Setelah lebih 25 tahun berkecimpung di dalam industri filem dan seni negara, saya dengan rasa rendah diri bersedia untuk menerima jawatan yang dipertanggungjawabkan kepada saya oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

ARTIKEL BERKAITAN: Hans Isaac sahkan sudah jalani temuduga Pengerusi Finas


Hans kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Finas.

"Untuk dua tahun yang akan datang, saya akan memberikan usaha yang terbaik demi melaksanakan tugas dan kewajipan saya.

"Keutamaan saya adalah kebajikan dan kesejahteraan rakan-rakan industri dan pengamal seni yang lain di samping berusaha menaikkan kualiti filem dan hasil seni tanah air," katanya.

Hans berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram pada Rabu selepas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengumumkan pelantikkannya sebagai pengerusi Finas.

Pelantikan Hans bagi menggantikan pemangku jawatan itu yang sebelum ini disandang oleh Samsuni Mohd Nor.

Hans sudah membuat persiapan memikul tanggungjawab baru dan teruja dapat bergandingan dengan Ahmad Idham.

Dalam pada itu, Hans memberitahu harapannya masih lagi sama iaitu mahu menjadikan Finas sebagai sebuah pertubuhan profesional bebas daripada sebarang agenda politik dan telus.

Bercakap lanjut mengenai pelantikannya itu, Hans memberitahu berasa teruja selain sudah membuat persiapan memikul tanggungjawab baharu itu bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) agensi itu, Ahmad Idham dan ahli lembaga yang lain.

"Harapan saya masih sama, adalah supaya Finas menjadi sebuah pertubuhan profesional,bukan politikal dan telus supaya ia dapat bertahan dan membawa lebih manfaat kepada semua pengamal industri.

"Saya amat teruja dan sudah bersiap sedia untuk meneruskan perjuangan ini dan berganding tangan dengan CEO baharu FINAS, Ahmad Idham, serta ahli lembaga yang lain," ujarnya.

Sebelum ini, teka-teki siapakah pengamal industri perfileman akan menerajui Finas terjawab selepas Ahmad Idham diumumkan sebagai CEO baharu bermula 11 Mac lalu.

Datuk Hans Isaac, Finas, Ahmad Idham

Artikel Lain