Wany Hasrita jadi takut, fobia menyanyi 'live' dalam program TV - Hiburan | mStar

Wany Hasrita jadi takut, fobia menyanyi 'live' dalam program TV

Wany dapat semula keyakinan semula membuat persembahan secara langsung selepas enam bulan. Foto: LOW LAY PHON.

PENYANYI Wany Hasrita memberitahu dia mengambil masa beberapa bulan bagi mendapatkan semula keyakinan untuk membuat persembahan secara langsung di televisyen.

Menurut Wany, 27, dia hilang keyakinan dan berasa takut disebabkan persembahan dan nyanyiannya pernah dikecam teruk ketika Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) tahun lalu.

"Saya mengambil masa lama hampir enam bulan untuk dapatkan semula keyakinan membuat persembahan secara langsung di televisyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu nyaris tukar Wany Hasrita kepada bayi lain kerana tak henti menangis

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau nak suami baik, kita kena jadi baik dulu” - Wany Hasrita


Wany pernah rasa takut nak buat persembahan secara langsung di TV.

"Sebelum ini saya pernah dikecam ketika persembahan di AJL32 menyebabkan saya jadi takut dah nak buat persembahan secara langsung.

"Tapi Alhamdulillah, saya dapat buang perasaan itu ketika berduet dengan Tajul di program Big Stage pada bulan Ogos tahun lalu," katanya kepada mStar Online.

Penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Menahan Rindu ini ditemui ketika sidang media Trio Concert Tour 2019 di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Wany teruja bakal berkongsi pentas bersama penyanyi Sufian Suhaimi dan Khai Bahar menerusi konsert mereka yang akan diadakan di empat lokasi.

Kata pemilik nama Nurshazwany Hasrita Hasbullah ini, dia sudah lama mengimpikan untuk mengadakan konsert seperti itu.

"Apabila pihak penganjur tawarkan untuk menjayakan konsert bersama Sufian dan Khai Bahar, saya terus terima.

Wany akan berkongsi pentas bersama Khai dan Sufian.

"Dapat satu pentas dengan dua nama besar ni buat saya teruja. Saya memang sudah lama simpan impian untuk adakan konsert.

"Lagi-lagi konsert ni bersama kawan-kawan saya yang rapat. Ia sesuatu yang sangat berharga dan saya tidak sabar untuk konsert ni," ujarnya.

Konsert tersebut akan diadakan di Johor Bahru pada 13 Julai dan lokasi seterusnya di Kuantan pada 17 Ogos depan.

Manakala pada 5 Oktober depan, tiga penyanyi ini akan bertemu peminat mereka di Alor Setar, Kedah dan lokasi terakhir di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2 November depan.

Tiket bermula dengan harga RM67, RM107, RM200 dan Rm400 sudah mula dijual menerusi platform e-dagang terkenal, Shopee.

Wany Hasrita , Sufian Suhaimi , Khai Bahar

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa