“Kalau nak suami baik, kita kena jadi baik dulu” - Wany Hasrita - Hiburan | mStar

“Kalau nak suami baik, kita kena jadi baik dulu” - Wany Hasrita

PENYANYI Wany Hasrita tidak meletakkan soal jodoh sebagai satu keutamaan pada 2019 memandangkan dia mahu lebih fokus pada kerjaya seninya.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, berkata dia perlu memperbaiki dirinya terlebih dahulu sekiranya ingin seorang suami yang baik.

"Saya berazam untuk menjadikan diri lebih baik. Sebab sekecil-kecil perangai, kita tahu selepas ini tak boleh buat lagi dan perlu perbaiki kelemahan kita.

"Paling penting, saya mahu menjaga keperibadian diri. Orang cakap kalau nak suami baik, kena jadi yang lebih dahulu. Jadi, saya nak jadi yang lebih baik.

"Soal jodoh ini bukan keutamaan saya sebab fokus saya hanya pada kerjaya. Tapi saya tak halang kalau ada jodoh datang cuma saya tak cari," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Menahan Rindu ini memberitahu 2019 merupakan tahun untuk dia bekerja lebih keras dan ketepikan semua perkara yang tiada kaitan dengannya.

Bagaimanapun, Wany menganggap segala apa yang berlaku sepanjang tahun lalu pengajaran buatnya sebagai anak seni.

"2019 tahun saya tidak sabar menantikan unruk kerja lebih keras. Memang nak kerja sehabis-habisnya. Nak ketepikan segala benda yang tak berkaitan dan buang masa.

"Macam tahun lalu, kita dapat lihat saya ada terpalit dengan beberapa kontroversi. Tapi bagi saya, itu pengajaran sebagai anak seni.

"Sebab itu tahun ini azam saya untuk tidak berkata lantang, menjaga keperibadian dan menjaga kata-kata yang saya nak keluarkan," ujarnya.

Selain itu, Bintang Paling Popular 2018 itu juga ada merancang untuk menunaikan umrah pada penghujung tahun ini.

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain