suria

Uqasha sedih Nelydia dah kahwin, kenang peristiwa kena marah bulan puasa

Uqasha titipkan ucapan buat adiknya, Nelydia Senrose.

PELAKON Uqasha Senrose membuat ucapan yang meruntun hati buat adiknya, Nelydia Senrose yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu.

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 27, berkata, dia seperti tidak mempercayai adiknya itu sudah memiliki kehidupan baharu dan sudah pasti akan merindui momen indah mereka bersama terutama ketika menyambut bulan puasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Nelydia Senrose selamat bergelar isteri ahli perniagaan

"Masyallah, awak cantik sangat. Tapi malam semalam awak tersangatlah cantik. Baju, makeup sangat sempurna malam tu.

"Sekali lagi, tahniah dah jadi isteri orang. Macam tak percaya langsung Baby (Nelydia) dah ada kehidupan baru.

"Nanti puasa dan raya tahun ni B (Nelydia) beraya dengan suami, dah tak boleh nak tidur sama-sama dan bangun sahur atau nak kena marah dengan mama sebab selalu bangun sahur dah habis masa," katanya.

Uqasha membuat titipan itu menerusi sebuah posting di Instagram.

Uqasha mengimbau kenangan membuat persiapan raya bersama Nelydia Senrose.

Selain berkongsi kenangan bersama, Uqasha turut menyatakan hasrat untuk melihat adiknya cepat menimang cahaya mata.

"Raya pun sama... nanti dah tak boleh share satu bilik dan cuba baju raya sama-sama sebab B ada tanggungjawab lain, kena sediakan makan dan pakaian cik suami pula.

"Hafeez tolong jaga Baby baik-baik tau! Kalau dia meragam pun layankan je sebab dia manja. Kejap je kalau dia meragam pun. Sha nak cepat cepat anak sedara sebab Aryan Khan dah besar. Nak jaga anak Baby pulak. I love you so much Nelydia," ujarnya.

Nelydia selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35, Sabtu lalu.

Pasangan itu dinikahkan bapa Nelydia iaitu Nik Sen Mat Rifin di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dan dihadiri kaum keluarga serta rakan terdekat sahaja.

Nelydia kini bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

Uqasha Senrose, Nelydia Senrose

Artikel Lain