“Nur2 bukan untuk kanak-kanak... tak selesa jangan tonton” - Pengarah - Hiburan | mStar

“Nur2 bukan untuk kanak-kanak... tak selesa jangan tonton” - Pengarah

Shahrulezad berkata jalan cerita Nur 2 jauh berbeza jika dibandingkan dengan Nur. Foto Instagram @budakijat

PENGARAH dan penulis skrip Nur2, Shahrulezad Mohameddin mengakui drama tersebut tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Menyedari mengenai hal berkenaan, Shahrulezad berkata itulah sebabnya drama yang memaparkan realiti dunia pelacuran tersebut diklasifikasikan sebagai P13 iaitu untuk tontonan penonton berumur 13 tahun keatas dengan bimbingan ibu bapa.

"Nur2 diklasifikasikan sebagai P13 untuk siaran kali ini dan bukan klasifikasi U seperti Nur dahulu. Ada sebab kenapa drama Nur2 ditayangkan pada slot Samarinda pukul 10 malam dan bukannya slot Akasia siaran petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Nur 2 tak sensitif, Raja Atiq mohon maaf silap baca ayat Al-Quran

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa watak pelacur dalam 'Nur 2', Azar Azmi sedia dikecam

"Terus terang cakap, Nur2 yang mengisahkan dunia pelacuran tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Remaja mungkin (boleh tonton)... itupun ibu bapa kena guna peluang ini sebagai alat mendidik anak-anak terutamanya berkaitan tentang sex education dan sebagainya. Abam (abang) bukan buat drama Nur2 ini untuk kanak-kanak.

Shahrulezad mengulas komen seorang penonton di Instagram.

"Ibu bapa kena bertanggungjawab sama dalam mengawal content untuk anak anak mereka. Content untuk kanak-kanak adalah di siang hari, bukan malam. Malam selalunya untuk tontonan orang dewasa terutamanya pada pukul 10 ke atas," katanya di Instagram.

Shahrulezad berkata demikian setelah menerima kritikan penonton yang memintanya lebih sensitif dalam menghasilkan drama kerana terdapat unsur seksual dalam Nur2.

Sementara itu, Shahrulezad berkata apa yang dilakonkan oleh Azar Azmi sebagai Juita adalah mengenai realiti kehidupan seorang pelacur.

Barisan pelakon drama Nur yang bersiaran di slot Samarinda TV3.

Justeru, dia meminta penonton yang berasa kurang selesa dengan karakter tersebut supaya tidak menonton drama tersebut.

"Jangan bandingkan dengan Nur kerana watak utamanya ialah seorang pelacur yang membenci kariernya sebagai pelacur dan sehabis baik untuk keluar dari dunia itu, sebab itu Nur mendapat kategori U.

"Manakala dalam Nur2 watak Juita sebagai antagonis adalah seorang yang merasakan tidak apa menjadi seorang pelacur. Apa yang Juita lakukan dalam kereta tu adalah lumrah dan normal bagi seorang pelacur.

"Jadi, kalau kita rasa tak selesa dengan imej sedemikian abam (abang) cadangkan pada penonton budiman sekalian sila jangan tonton. Itu adalah sebaik-baik tindakan kerana pilihan atas diri kita sendiri," ujarnya.

Nur 2 , Shahrulezad Mohameddin

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain